Rebut peluang tawaran kerja SPN - Utusan Malaysia

Rebut peluang tawaran kerja SPN

Skim Perantisan Nasional (SPN) dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan di Putrajaya pada Julai lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

GOLONGAN belia yang sedang mencari pekerjaan atau diberhentikan kerja ekoran pandemik Covid-19 disaran merebut peluang tawaran pekerjaan melalui Skim Perantisan Nasional (SPN).

Inisiatif di bawah Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Sumber Manusia itu banyak memberi manfaat dan membantu para graduan untuk mencari pekerjaan.

Selepas tamat belajar jurusan diploma di Kolej Vokasional di Negeri Sembilan, hampir setahun saya menganggur. Pada masa itu, saya cuba berniaga makanan secara dalam talian tetapi terpaksa ditangguhkan disebabkan kekangan modal.

Oleh itu, saya memerlukan pekerjaan bagi mencari pengalaman dan mengumpul modal untuk perniagaan. Saya mendapat tahu mengenai SPN melalui Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan tanpa berlengah saya terus memohon.

Alhamdulillah, saya berjaya mendapat pekerjaan selepas ditemuduga sebagai Penolong Pengurus Restoran A&W dan akan memulakan tugas pada akhir bulan ini.

Sebelum bertugas di sana, saya perlu menjalani latihan selama sebulan di Pure Education Sdn. Bhd. Yang menarik mengenai SPN, belia diberi elaun semasa latihan.

Program SPN sangat membantu belia lebih-lebih lagi dengan situasi pandemik dan kepayahan mencari pekerjaan ketika ini. Saya berpesan kepada anak-anak muda supaya mencuba dahulu dan jangan lepaskan peluang ini.

MUHAMMAD AMIRULLAH MOHD. NOOR AZAM
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.