Lanjut moratorium kepada B40, M40 - Utusan Malaysia

Lanjut moratorium kepada B40, M40

KERAJAAN perlu kreatif untuk mewujudkan peluang pekerjaan baharu di negara kita. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KERAJAAN perlu melanjutkan moratorium pinjaman bank kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) bagi membolehkan mereka mengharungi kesan buruk pandemik Covid-19 yang belum menunjukkan tanda-tanda reda.

Ramai kalangan pekerja terbabit hilang punca pendapatan dan gaji dipotong. Berikutan ketidakstabilan ekonomi negara akibat pandemik ini, tiada jawatan baharu diwujudkan menyebabkan banyak orang muda menganggur.

Ketiadaan kekosongan jawatan turut melibatkan syarikat dimiliki pelabur asing dan kerajaan. Oleh itu, kerajaan harus melanjutkan moratorium supaya rakyat tidak dibebankan dengan tanggungjawab membayar secara bulanan kepada institusi perbankan.

Institusi perbankan pula tidak akan dibebankan oleh pelanjutan moratorium ini. Ini kerana bank-bank utama di Malaysia terus mencatat keuntungan ratusan juta ringgit setiap suku tahun walaupun setelah memberikan morotorium kepada peminjam, baru-baru ini.

Pada masa sama, kerajaan perlu kreatif untuk mewujudkan peluang pekerjaan baharu di negara kita. Pekerja yang hilang pekerjaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan terus mengalami kesusahan walaupun pandemik dalam keadaan terkawal jika mereka masih menganggur.

Kerajaan yang prihatin haruslah sentiasa berfikir tentang kebajikan rakyat, bukan hanya melaungkan slogan dan retorik politik.

GANDIPAN NANTHA GOPALAN
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.