PPDUEC cabuli keadilan? - Utusan Malaysia

PPDUEC cabuli keadilan?

Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh Teo Kok Seong

Laporan Pasukan Petugas Dasar Sijil Peperiksaan Bersepadu (PPDUEC) yang belum diserahkan lagi perlu ditolak. Ini kerana cara pelantikan keanggotaannya bukan sahaja boleh dipertikai tetapi juga tidak memperlihatkan tindakan wajar selain pemikiran waras. Salah seorang daripada tiga anggota PPDUEC yang dilantik terlibat dalam isu pengiktirafan UEC. Beliau merupakan kepemimpinan tertinggi Dong Zong yang lantang memperjuang pendidikan aliran bahasa Cina termasuk pengiktirafan UEC. Semestinya beliau tidak boleh sesekali dilantik menganggotai PPDUEC. Namun demikian, beliau masih dilantik atas dasar PPDUEC perlu mempunyai anggota daripada pihak bersabit. Oleh itu, PPDUEC bukan sahaja terdiri daripada pihak yang ada kaitan langsung malahan besar pula kepentingannya dalam isu pengiktirafan UEC.

Sebenarnya perkara seasas ini tidak sepatutnya berlaku kalau kita betul-betul peka dan prihatin tentang keadilan, khususnya kebenaran dan nilai tidak berpihak. Dengan pelantikan anggota daripada Dong Zong, ia sengaja mahu memasukkan pihak yang bukan sahaja mempunyai faedah terus dalam hal yang ingin diadili, bahkan seolah-olah mahu memastikan keputusan yang dibuat nanti akan benar-benar memihak kepadanya.

TIDAK MAHU HADIR

Oleh itu, beberapa pihak yang diundang PPDUEC untuk berbicara tentang isu pengiktirafan UEC tidak mahu hadir. Mereka mendapati PPDUEC tidak ditubuhkan atas dasar keadilan yang paling asas, yakni keanggotaannya harus berkecuali, tidak memihak dan setara. Untuk menolak laporan yang bakal diserahkan itu, kita tidak boleh menggunakan alasan PPDUEC yang dilantik kerajaan sebelum ini telah terbubar. Ini alasan yang tidak kuat! Alasan lebih kuat untuk tidak menerimanya, walau apa sekali juga syornya adalah ia telah membelakangkan prinsip keadilan paling asas, iaitu tidak boleh sesekali memasukkan mana-mana pihak yang nyata sekali akan berpihak dalam isu pengktirafan UEC.

Dengan ini, PPDUEC mencabuli keadilan. Oleh itu, laporannya tidak sah. Kehadiran unsur berat sebelah dengan memasukkan pihak bersabit Dong Zong sudah cukup sebagai alasan kukuh untuk laporannya ditolak kerana mengandungi keputusan yang pastinya akan tidak berkecuali.

Untuk laporan PPDUEC diterima baik, ia perlu memanifestasikan keadilan terbela yang tidak boleh disangkal sedikit pun. Malangnya ini tidak berlaku kerana PPDUEC langsung tidak membina persepsi yang ia berwibawa untuk diyakini. Inilah sifat laporan PPDUEC yang perlu ditolak kerana mengandungi keputusan abitrari, yakni subjektif kerana berpihak, selain adanya partialiti, iaitu keadilan yang tidak seimbang. Semua ini adalah angkara keanggotaannya yang terdiri daripada pihak bersabit, yang pasti tidak dapat memperlihat akan adanya keadilan timbal dalam keputusan dibuat.

PROFESOR Datuk Dr. Teo Kok Seong ialah Felo di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Majlis Profesor Negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya