UNIVERSITI tempatan sering berbangga dengan penerbitan dalam jurnal antarabangsa, penarafan global dan pencapaian akademik individu. Namun persoalan besar yang mesti ditanya kemana hasil penyelidikan universiti? Adakah ia memadai sekadar menjadi bahan akademik atau sepatutnya diterjemahkan sebagai aset strategik negara yang memberi manfaat kepada rakyat dan dasar pembangunan? Penyelidikan tidak boleh berakhir apabila seseorang professor itu bersara. Ia mesti berkelangsungan, disambung oleh generasi muda dan digunakan oleh agensi berkaitan untuk tindakan…










