RASUAH dan pecah amanah merupakan antara penyakit sosial paling merosakkan dalam sesebuah negara, khususnya dalam perkhidmatan awam. Perkhidmatan awam ialah tulang belakang pentadbiran negara yang diamanahkan untuk melaksanakan dasar, menjaga kebajikan rakyat dan mengurus sumber negara secara telus serta berintegriti. Namun, apabila rasuah dan pecah amanah berakar umbi, bukan sahaja imej perkhidmatan awam tercalar, malah kestabilan negara dan masa hadapan bangsa turut terancam. Oleh itu, usaha menolak rasuah dan pecah…










