Arahan Nam Dinh ikat 'kaki' Faisal, Moraes

Arahan Nam Dinh ikat ‘kaki’ Faisal, Moraes

Pemain Selangor meraikan jaringan gol menentang Nam Dinh FC dalam saingan separuh akhir pertama Kejuaraan Kelab ASEAN di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, kelmarin. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nam Dinh FC memberi amaran awal mereka akan bangkit dan tidak akan membiarkan penyerang Selangor FC Chrigor Moraes terus menjadi pemusnah dalam aksi kedua separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) di Stadium Thien Truong pada 13 Mei ini.

Amaran itu hadir selepas Moraes menjadi watak penting dalam perlawanan pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila meledak dua gol pada minit ke-38 dan ke-58 untuk membantu Selangor membawa kelebihan tipis kemenangan 2-1.

Pengendali Nam Dinh, Hong Viet Vu mengakui pasukannya gagal mengekang pergerakan pemain import Selangor itu yang sentiasa mencetuskan ancaman.

Menurutnya, kelekaan pada detik penting menjadi punca utama mereka dihukum walaupun pada awalnya sudah mengenal pasti Moraes sebagai antara pemain yang perlu dikawal rapi.

“Sebelum perlawanan, saya katakan ada dua pemain yang perlu diberikan perhatian iaitu nombor tujuh (Faisal Halim) dan nombor 91 (Moraes).

“Saya rasa kita gagal menutup Moraes pada perlawanan hari ini. Tetapi saya yakin pada aksi kedua nanti, kami akan beraksi dengan lebih baik.

“Dia tidak akan menjaringkan gol lagi. Kita masih ada perlawanan kedua di tempat sendiri dan kita akan menjaringkan lebih banyak gol untuk mara ke final,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×