Brendan buru pakar pukulan sudut penalti baharu

Brendan buru pakar pukulan sudut penalti baharu

Brendan Caloran (kiri) memantau corak permainan skuad Speedy Tigers dalam latihan skuad kebangsaan baru-baru ini. - IHSAN KONFEDERASI HOKI MALAYSIA 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad hoki kebangsaan, Brendan Caloran mengakui pasukannya sedang giat mencari pakar pukulan sudut penalti baharu bagi memperkukuh jentera serangan.

Menurutnya, usaha itu akan digerakkan oleh pembantunya, Sohail Abbas yang diberi tanggungjawab untuk mengenal pasti bakat muda berpotensi dalam kalangan pemain muda.

Ketika ini, tugas flicker utama skuad kebangsaan masih digalas oleh dua pemain berpengalaman, Faizal Saari dan Syed Syafiq Syed Cholan.

Bagaimanapun, Brendan mengakui skuad negara memerlukan lebih ramai pilihan, khususnya dalam kalangan pemain muda bagi mengurangkan kebergantungan terhadap tonggak sedia ada.

“Ya, jelas sekali, anda tahu, situasi itu menjadi lebih mencabar apabila Syed Syafiq mengalami kecederaan. Anda juga mempunyai Faizal yang kembali menyertai kumpulan, jadi anda ada dua flicker utama. Jadi, ya, Sohail mainkan watak penting dalam usaha melibatkan lebih ramai pemain muda,” katanya.

Mengulas lanjut, Brendan berkata, Sohail akan mengendalikan sesi latihan khusus secara mingguan bagi membentuk kelompok kecil pemain muda yang berpotensi menjadi pakar pukulan sudut penalti.

“Sohail akan mengendalikan sesi mingguan bersama kumpulan tujuh atau lapan pemain muda yang menjadi flicker, sebab itu kami cuba menambah lebih ramai pemain muda. Terdapat tiga atau empat pemain muda yang kami sasarkan untuk dibawa masuk ke dalam kumpulan senior, bagi mengurangkan tekanan ke atas kami.

“Kami sedar kadar nisbah pukulan sudut penalti pasukan yang berjaya diterjemahkan kepada gol masih belum berada di tahap terbaik. Jadi, ya, itulah yang sedang kami usahakan,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN