Wirtz curi perhatian bantu Jerman cipta kemenangan

Wirtz curi perhatian bantu Jerman cipta kemenangan

Pemain tengah Jerman, Florian Wirtz (kiri) bersaing dengan pertahanan Switzerland, Silvan Widmer dalam perlawanan persahabatan di St. Jakob-Park, Basel, Switzerland, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BASEL: Pemain tengah Jerman, Florian Wirtz mengakui tidak menyangka dia menjadi watak penting ketika membantu pasukannya melakar kemenangan 4-3 ke atas Switzerland dalam aksi persahabatan di Basel, kelmarin.

Pemain Liverpool itu berkata, dia tidak menyangka gol pertamanya berjaya menembusi gawang walaupun melihat jaringan tersebut dianggap sebagai nasib.

“Saya tidak mensasarkan gol dengan tepat, tetapi saya mahu menembak tepat ke arah gol. Jika ia masuk, saya terima dengan gembira,” katanya.

Switzerland dua kali mendahului perlawanan menerusi jaringan Dan Ndoye dan Breel Embolo namun Jerman berjaya menyamakan kedudukan dengan Wirtz menjadi penggerak utama setiap gol.

Bantuan pertama Wirtz menemukan Jonathan Tah untuk gol pertamanya bersama Jerman manakala gerakan gol kedua membuka ruang untuk Serge Gnabry menjaringkan gol penyamaan 2-2.

Separuh masa kedua menyaksikan Wirtz menjaringkan dua gol, termasuk satu rembatan deras dari tepi kotak penalti yang masuk ke penjuru atas sebelum menambah gol keempat bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Jerman.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi persahabatan menyaksikan Belanda bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Norway 2-1 di Johan Cruyff Arena, Amsterdam, kelmarin.

Norway di depan pada minit ke-24 menerusi jaringan Andreas Schjelderup namun Virgil van Dijk menyamakan kedudukan 10 minit sebelum rehat. Gol kemenangan dijaringkan oleh Tijjani Reijnders pada babak kedua.

“Secara keseluruhan kami bermain dengan baik menentang lawan yang kuat. Kami lebih baik pada separuh masa kedua dan menang dengan layak,” kata Van Dijk. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×