Aprilia pamer belang di GP Brazil 

Aprilia pamer belang di GP Brazil 

Pelumba pasukan Aprilia Racing, Marco Bezzecchi memimpin perlumbaan sambil diekori rapat pesaing daripada Ducati Lenovo, Marc Marquez (tengah) dan and Fabio Di Giannantonio mewakili Pertamina Enduro VR46 Racing di Litar Antarabangsa Ayrton Senna, Goiania, Brazil, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOIANIA: Pelumba MotoGP Itali, Marco Bezzecchi meneruskan dominasi awal musim apabila menjuarai Grand Pix (GP) Brazil sekali gus meraih kemenangan kedua berturut-turut musim ini.

Pelumba Aprilia itu menamatkan perlumbaan di Litar Autodromo Ayrton Senna di hadapan rakan sepasukan Jorge Martin dan pelumba Ducati, Fabio Di Giannantonio.

Kemenangan tersebut menyaksikan Bezzecchi mencipta sejarah peribadi dengan empat kemenangan berturut-turut selain menghadiahkan pencapaian sulung buat Aprilia.

Lebih manis, keputusan satu-dua Aprilia melonjakkan pasukan itu ke tangga teratas kejuaraan pengeluar dengan 64 mata setakat ini.

“Sejujurnya saya tidak jangka untuk menang di Brazil tetapi kami bekerja keras mencari keseimbangan terbaik jentera dan hasilnya sangat memuaskan.

“Kami ubah banyak perkara termasuk cara tunggangan dan akhirnya berjaya dapat kombinasi sempurna untuk perlumbaan ini” kata Bezzecchi.

Dalam pada itu, juara dunia, Marc Marquez sekadar menamatkan perlumbaan di tempat keempat manakala Pedro Acosta kehilangan pendahulu kejuaraan selepas hanya menduduki tempat ketujuh.

Perlumbaan yang dipendekkan kepada 23 pusingan akibat suhu ekstrem itu kini menyaksikan Bezzecchi mendahului carta keseluruhan dengan 56 mata, sekali gus memberi isyarat awal bahawa beliau calon serius perebutan gelaran musim ini. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×