Mayweather, Pacquiao kembali bertarung

Mayweather, Pacquiao kembali bertarung

Pertarungan Floyd Mayweather Jr. dan Manny Pacquiao di Las Vegas, Nevada pada 2015. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Floyd Mayweather Jr. dan Manny Pacquiao sekali lagi mencuri tumpuan dunia apabila dijadual bertarung dalam perlawanan ulangan bersejarah di Sphere, 19 September ini, kata Netflix.

Pertembungan dua legenda tinju pada 2015 yang mencuri tumpuan dunia itu, masing-masing berusia lewat 40-an kembali diadakan beberapa hari selepas Mayweather mengumumkan dia sudah keluar daripada persaraan.

Mayweather, 48, yang menamatkan karier profesionalnya pada 2017 dengan rekod bersih 50 kemenangan tanpa kalah, mengesahkan dia kembali ke gelanggang profesional tahun ini setelah beberapa tahun hanya beraksi dalam pertarungan pertunjukkan.

Perlawanan itu akan disiarkan secara langsung pada 19 September di Netflix, ketika platform penstriman global itu semakin aktif menganjurkan acara sukan secara langsung dengan berskala besar.

“Floyd dan saya telah memberikan dunia apa yang kekal sebagai pertarungan terbesar dalam sejarah tinju. Peminat sudah menunggu terlalu lama, mereka berhak untuk menyaksikan perlawanan ulangan ini,” kata Pacquiao dalam satu kenyataan bersama.

Mayweather menewaskan Pacquiao dalam “Fight of the Century” pada 2015 yang mencatat rekod 4.6 juta pembelian bayar-per-tonton (PPV) tetapi secara umumnya gagal memenuhi jangkaan tinggi peminat.

Mayweather dipercayai memperoleh kira-kira AS$300 juta (RM1.1 bilion) hasil kemenangan menerusi kiraan mata ke atas petinju dari Filipina itu.

Pertarungan tersebut kekal sebagai yang paling menguntungkan dalam sejarah dengan jumlah pendapatan melebihi AS$600 juta (RM2.3 bilion). – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN