Usyk pertahan gelaran dunia

Usyk pertahan gelaran dunia

Petinju Ukraine, Oleksandr Usyk (kiri) melepaskan tumbukan tangan kiri ke muka lawannya dari Belanda, Rico Verhoeven dalam pertarungan WBC Heavyweight Dunia di kaki Piramid Giza, Mesir, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Jaguh heavyweight dunia, Oleksandr Usyk mempertahankan gelaran dunia dalam aksi penuh kontroversi selepas menewaskan legenda kick-boxing Belanda, Rico Verhoeven menerusi hentian pengadil pada pusingan ke-11 di hadapan latar ikonik Piramid Giza, semalam.

Dalam pertarungan yang berlangsung di kaki Great Pyramid of Giza itu, Verhoeven yang membuat penampilan luar biasa dalam arena tinju hampir mencipta sensasi apabila beberapa kali menggoncang juara dari Ukraine berkenaan dan dipercayai mendahului pertarungan menerusi kiraan mata.

Namun, segalanya berubah hanya berbaki satu saat pada pusingan ke-11 apabila Usyk melepaskan uppercut padu yang menjatuhkan Verhoeven sebelum terus menggandakan tekanan dengan siri tumbukan bertubi-tubi.

Walaupun petinju Belanda itu masih berdiri, pengadil membuat keputusan menghentikan pertarungan ketika Verhoeven dalam keadaan terhuyung-hayang, sekali gus mencetuskan perdebatan hangat mengenai keputusan tersebut.

“Saya rasa pertarungan dihentikan terlalu awal, tetapi akhirnya itu bukan keputusan saya. Saya mahu diberi peluang tewas secara bermaruah atau sekurang-kurangnya bertahan hingga pusingan ke-12,” kata Verhoeven.

Bekas juara kick-boxing itu bagaimanapun mengakui bangga dengan persembahannya dan berharap dunia tinju mula mengiktiraf keupayaannya di gelanggang empat segi.

Malah, beliau turut mendedahkan Usyk menawarkan pertarungan ulangan sejurus aksi tamat.

Usyk yang mempertahankan tali pinggang WBA, WBC dan IBF mengakui Verhoeven menghadirkan antara cabaran paling getir sepanjang kariernya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN