Anak legenda tinju ditahan ceroboh rumah bapa - Utusan Malaysia

Anak legenda tinju ditahan ceroboh rumah bapa

SUGAR RAY LEONARD - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Anak lelaki kepada legenda tinju dunia, Sugar Ray Leonard dilaporkan telah ditangkap di kediaman bapanya pada pagi Rabu, menurut satu laporan pendedahan yang mengejutkan.

Laporan portal TMZ menyatakan Daniel Ray Leonard, 25, dibawa keluar dari hartanah mewah tersebut di dalam kenderaan polis selepas didakwa melanggar perintah sekatan di Los Angeles.

Daniel cuba menceroboh masuk ke dalam kediaman itu dengan memutar tombol pintu luar. 

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada beliau berjaya memasuki rumah tersebut atau tidak.

Sumber memberitahu TMZ, pihak polis yang tiba di lokasi kejadian menemui Daniel di kawasan rumah sebelum bertindak menahannya serta-merta.

Sugar Ray dipercayai masih menetap di hartanah mewah bernilai AS$46.5 juta (RM184.2 juta) yang terletak di kawasan eksklusif Upper Riviera, Pacific Palisades. 

Hartanah tersebut pernah disenaraikan untuk jualan beberapa kali sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini namun masih belum terjual.

Daniel merupakan anak bongsu hasil perkahwinan Sugar Ray bersama isteri keduanya, Bernadette Robi. Beliau merupakan anak lelaki keempat bagi legenda tinju itu.

Insiden penahanan itu berlaku hanya beberapa jam sebelum keluarga Sugar Ray dijadualkan menghadiri acara amal bagi mengumpul dana untuk Yayasan Sugar Ray Leonard. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN