Peluang terbaik Ridwan bukti kemampuan

Peluang terbaik Ridwan bukti kemampuan

Muhammad Ridwan Sahrom beraksi dalam acara akhir keirin lelaki Sukan SEA Thailand 2025. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Ridwan Sahrom bakal menjadi sandaran utama dalam kem kebangsaan berikutan ketiadaan abangnya, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang mengalami kecederaan.

Ketua jurulatih berbasikal trek kebangsaan, Harnizam Basri berkata, Ridwan perlu menonjolkan keupayaan dirinya yang sebenar supaya dia boleh menjadi penyambung kepada generasi pelumba negara yang seterusnya.

“Ya betul, kita akan naikkan Ridwan. Kita akan hantar dia untuk sertai lebih banyak perlumbaan.

“Kita cuba untuk tingkatkan tahap dia dalam masa terdekat ini sebab selepas Shah Firdaus kita sudah tiada pelumba lain. Kita berharap dia untuk lebih menonjol bagi generasi seterusnya,” kata Harnizam.

Shah Firdaus tidak dapat bertanding dalam kejohanan kompetitif dalam masa terdekat berikutan pelumba dari Johor itu memerlukan tempoh pemulihan yang panjang.

Pelumba berusia 31 tahun itu mengalami kecederaan lutut kanan dan telah menjalani pembedahan pada Oktober lalu namun prosedur tersebut meninggalkan besar termasuk kehilangan otot ketara sehingga menjejaskan keseluruhan struktur sokongan lututnya.

Kem berbasikal negara akan beraksi di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Tagaytay pada 25 hingga 31 Mac ini sebelum mengharungi siri Piala Dunia bermula di Perth (6-8 Mac), Hong Kong (17-19 April) dan pusingan akhir di Nilai pada 24 hingga 26 April. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×