Negeri Sembilan dapat suntikan semangat

Negeri Sembilan dapat suntikan semangat

AKSI Negeri Sembilan FC menentang Imigresen dalam pusingan 16 akhir Piala Malaysia di Paroi, kelmarin. - IHSAN MFL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Gol tunggal Negeri Sembilan FC (NSFC) jaringan Luqman Hakim Shamsudin dalam perlawanan pusingan kedua Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini menentang Imigresen FC malam tadi ternyata memberi suntikan semangat yang sangat diperlukan pasukan itu dalam mengharungi kempen Piala Malaysia musim ini.

Ketua Jurulatih NSFC, Mohd. Nidzam Jamil berkata, selepas perlawanan pertama Negeri Sembilan meningkatkan saingan dengan meletakkan pemain baharu dan serangan taktikal.

“Ia perlawanan yang baik dan percaturan yang berbaloi dengan barisan pertahanan menyerap serangan lawan terutamanya dalam 20 minit terakhir perlawanan,” katanya selepas tamat perlawanan.

Mengenai pertemuan dengan Selangor FC dalam saingan suku akhir kelak, jurulatih NSFC itu yang pernah membimbing pasukan lawan tersebut menganggap pasukannya sebagai underdog.

“Kami gembira bertemu dengan pasukan-pasukan utama di negara ini. Dalam bola sepak macam-macam boleh berlaku. Jadi kita mesti cuba beraksi dengan baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN