Malaysia ubah strategi lawan Jepun

Malaysia ubah strategi lawan Jepun

Pasukan hoki remaja negara meraikan kejayaan menewaskan Switzerland 7-1 dalam saingan Piala Dunia Remaja 2025 di Chennai, India, kelmarin. IHSAN KONFEDERASI HOKI MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Jurulatih skuad hoki remaja kebangsaan, Nor Saiful Zaini menegaskan kemenangan 7-3 ke atas Switzerland bukan sahaja menambah keyakinan, malah membuka ruang untuk menganalisis taktikal menjelang pertemuan dengan Jepun dalam saingan Piala Dunia Remaja 2025 di Tamil Nadu, hari ini.

Nor Saiful memberi amaran Jepun bukan lawan mudah kerana mereka mempunyai struktur permainan tersusun, ramai pemain senior dan corak serangan yang matang, justeru persiapan dua hari rehat menjadi kritikal untuk menyesuaikan strategi.

“Pada pandangan saya Jepun bukan satu pasukan yang mudah. Saya tengok mereka menentang Australia hanya kalah 1-0. Mereka juga menang lawan Chile. Mereka ada struktur bermain dan kebanyakannya bermain di pasukan senior. Mereka matang untuk lawan Malaysia.

“Kita perlu lihat lebih teliti dengan cara mereka bermain dalam masa dua hari kami berehat ini. Selepas itu akan menyusun strategi bagaimana untuk lawan Jepun. Sudah tentu kami rasa penting untuk kurangkan keberadaan dalam kawasan D (penalti) kita,” kata Nor Saiful.

Jurulatih berpengalaman itu menekankan penguasaan suku pertama dan kedua memberi ruang kepada pemain mengawal tempo permainan, sambil menguji corak serangan yang bakal diaplikasikan menentang Jepun.

“Kita berjaya manfaatkan peluang termasuk gol dari permainan terbuka dan PC (pukulan sudut penalti), serta mengawal permainan sepenuhnya pada suku ketiga dan keempat untuk menang 7-3.

“Kita perlu kaji corak mereka, rangka strategi menghadkan kehadiran mereka dalam kawasan D serta PC, selain mengambil kira beberapa pemain kita tidak dapat beraksi, dan ini semua akan tentukan keputusan perlawanan menentang Jepun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN