Asri Ninggal pangku tugas K. Devan

Asri Ninggal pangku tugas K. Devan

K. Devan mengendali latihan terakhir Melaka FC sebelum menentang Imigresen FC. UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Penolong jurulatih, Mohd. Asri Ninggal akan memikul tanggungjawab memangku jawatan jurulatih skuad bola sepak Melaka FC yang ditinggalkan Datuk K. Devan menjelang aksi menentang Pulau Pinang pada 11 Januari ini.

Pengurus Melaka FC, Muhammad Najmi Mohd Nordin berkata, Mohd. Asri dilihat calon terbaik menggalas tugas tersebut selepas seorang lagi penolong jurulatih, S. Subramaniam turut meletakkan jawatannya selepas Melaka FC tewas kepada Selangor 0-3.

Menurutnya, pihaknya menerima beberapa tawaran daripada jurulatih tempatan bagi mengisi jawatan yang dilepaskan Devan sehari selepas Melaka FC tewas 0-2 kepada Imigresen FC pada 24 Disember lalu.

“Kita menerima surat peletakan jawatan Devan selepas Melaka FC tewas kepada Imigresen dan dia hanya memberi alasan ada masalah peribadi yang mendorongnya mengambil keputusan tersebut.

“Perkara ini telah dimaklumkan kepada pemilik Melaka FC iaitu Datuk Nur Azmi Ahmad dan beliau menerima perletakkan jawatan tersebut dengan hati terbuka.

“Hasil perbincangan jawatan jurulatih kita akan isi bagi mengharungi saingan pusingan kedua Liga Super berbaki 12 perlawanan lagi,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Muhammad Najmi berkata, perletakan jawatan Devan secara mengejut menjejaskan pretasi pasukan itu apabila tewas 0-3 kepada Selangor di tempat lawan semalam.

“Pihak pengurusan menerima keputusan yang diambil oleh Devan termasuk Subramaniam dan kita kena terima hakikat pemain maupun jurulatih datang serta pergi,” ujarnya.

Justeru katanya, pihaknya akan meneliti beberapa jurulatih tempatan yang menawarkan diri mengisi kekosongan tersebut secepat mungkin.

Ujarnya, kekosongan itu perlu diisi segera kerana Melaka FC bakal berdepan Pulau Pinang dalam aksi Liga Super di tempat lawan pada 11 Januari ini.

“Jika tidak ada calon yang layak, kita bergantung kepada Mohd. Asri yang sebelum ini pernah menjadi jurulatih Melaka United,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN