Laluan Speedy Tigers berliku

Laluan Speedy Tigers berliku

Pemain hoki negara, Azrai Aizad Abu Kamal cuba melepasi asakan pemain-pemain Belgium dalam saingan Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah Ke-31 di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh, kelmarin. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Speedy Tigers masih berpeluang membuat penamat podium dalam Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-31 2025 walaupun tewas 9-1 kepada Belgium semalam.

Anak buah ketua jurulatih, Sarjit Singh bagaimanapun kena pastikan mereka menamatkan cabaran kejohanan itu di tempat ketiga.

“Segalanya belum berakhir. Kita masih boleh mencuci arang yang terconteng kerana berpeluang menaiki podium jika menduduki tempat ketiga,” kata Sarjit selepas perlawanan kelamarin.

Untuk itu, katanya Malaysia perlu menang ke atas Korea Selatan pada perlawanan hari ini, namun dalam masa yang sama berharap Kanada pula tewas kepada New Zealand.

Jika itu berlaku, Speedy Tigers menamatkan kejohanan di kedudukan keempat dengan mengutip tujuh mata sekali gus layak bermain perlawanan penentuan kedudukan tempat ketiga dan keempat.

Menurut Sarjit, pasukan bimbingannya akan berpeluang mengetahui nasib lebih awal kerana bermain selepas pertemuan Kanada dengan New Zealand hari ini.

“Kita harap Kanada tidak menang dan kita pula kutip mata penuh ke atas Korea Selatan,” ujarnya.

Justeru jurulatih itu berkata, pemain Speedy Tigers perlu memperbaiki persembahan mereka serta mengelak melakukan kesilapan.

“Pertemuan dengan Belgium seharusnya menjadi iktibar buat anak buah saya. Banyak yang boleh dipelajari dari perlawanan dari perlawanan ini. Pemain Malaysia kena bermain dan punya mentaliti seperti pasukan itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN