Wirtz bantu Liverpool bangkit

Wirtz bantu Liverpool bangkit

Penyerang Liverpool, Cody Gakpo (kiri) meraikan jaringan gol bersamal rakan sepasukan, Florian Wirtz dalam aksi Liga Juara-Juara menentang Eintracht Frankfurt, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FRANKFURT: Selepas bergelut dengan prestasi semasa sejak tiba di Anfield pada Jun tahun ini, Florian Wirtz akhrinya memberi sumbangan ketika membantu Liverpool menang 5-1 ke atas Eintracht Frankfurt dalam saingan Liga Juara-Juara, semalam.

Wirtz yang menyertai Liverpool dengan nilai perpindahan 116 juta pound (RM654 juta), dikritik susulan gagal memberi impak malah ada segelintir pihak menggelarkannya 008 iaitu sifar gol, sifar bantuan gol, dalam lapan perlawanan.

Pada aksi di Stadium Deutsche Bank Park, Hugo Ekitike, Virgil van Dijk, Ibrahima Konate, Cody Gakpo dan Dominik Szoboszlai masing-masing mencetak nama sebagai penjaring.

Dua gol Gakpo dan Szoboszlai dibantu oleh Wirtz yang membuat penampilan semula di Jerman sekali gus meredakan sedikit tekanan terhadap pemain berusia 22 tahun itu.

“Kami tahu kualiti yang kami miliki, semua pemain bertaraf dunia. Kami tidak bermula dengan baik tetapi kami bersatu dan mengubah rentak perlawanan.

“Saya boleh buat lebih banyak lagi dan saya gembira kami menang dan akhirnya saya dapat membantu menjaringkan gol,” katanya.

Keputusan itu juga menyaksikan The Reds menamatkan badi empat kekalahan berturut-turut namun Liverpool bakal kehilangan penyerang paling mahal mereka, Alexander Isak buat sementara waktu ekoran kecederaan.

Pengurus Reds, Arne Slot turut mengambil langkah berani apabila merehatkan Mohamed Salah yang sedang bergelut dengan prestasi.

“Dia terpaksa dikeluarkan pada separuh masa kerana berasa sedikit sakit di pangkal paha. Itu sesuatu yang malang. Saya sudah banyak kali katakan, sukar untuk mencari keseimbangan bagi pemain baru pulih selepas tiga bulan,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×