Kekalahan keempat berturut-turut

Kekalahan keempat berturut-turut

Arne Slot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus Liverpool, Arne Slot mengakui pasukan lawan sudah mengenali corak permainan skuad bimbingannya selepas The Reds tewas 2-3 kepada Brentford dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), kelmarin.

Keputusan itu juga menyaksikan The Reds mencatatkan kekalahan keempat berturut-turut yang menambah tekanan ke atas juara bertahan itu.

Kekalahan terbaharu itu menyusul selepas dimalukan Crystal Palace, Chelsea dan Manchester United, sekali gus menjatuhkan semangat anak buah Slot yang sebelum ini bermula garang dalam misi mempertahankan kejuaraan.

Slot tidak berselindung apabila menyifatkan aksi di Brentford sebagai persembahan paling mengecewakan setakat ini, sambil mengakui kelemahan taktikal mereka dimanfaatkan sepenuhnya oleh lawan.

“Pasukan lawan sudah tahu cara untuk menentang kami. Mereka bermain dengan strategi yang berkesan dan kami belum temui jawapan.

“Kami ketinggalan seawal minit kelima dan itu jelas tidak membantu. Walaupun kami menjaringkan dua gol, keseluruhan permainan kami tidak cukup baik,” ” kata Slot selepas perlawanan.

Liverpool terus menunjukkan masalah dalam bertahan apabila melepaskan gol awal dalam empat kekalahan liga berturut-turut, termasuk di Brentford apabila Dango Ouattara meledak jaringan pembukaan selepas hanya lima minit hasil lontaran jauh yang gagal dikawal pertahanan The Reds.

Slot mendedahkan pasukannya sudah menghabiskan sesi latihan sehari sebelum perlawanan bagi bersedia menghadapi lontaran jauh Brentford, namun masih gagal mengekang ancaman itu.

“Mereka memenangi lebih banyak duel dan bola kedua. Kami tahu ancaman utama mereka datang daripada bola mati dan serangan balas dan dua gol itu berpunca daripada situ,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×