Tunisia ke pusingan akhir Piala Dunia 2026

Tunisia ke pusingan akhir Piala Dunia 2026

Mohamed Ben Romdhane (kiri) muncul wira apabila meledak gol kemenangan pada masa kecederaan, sekali gus membawa Tunisia ke Piala Dunia buat kali ketiga. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHANNESBURG: Tunisia menjadi wakil Afrika kedua selepas Maghribi yang mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

Skuad yang terkenal dengan gelaran Les Aigles de Carthage itu layak selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Equatorial Guinea dalam aksi kelayakan, semalam.

Dalam aksi itu, Mohamed Ben Romdhane muncul wira apabila meledak gol kemenangan pada masa kecederaan, sekali gus membawa Tunisia ke Piala Dunia buat kali ketiga.

Jaringan pemain tengah kelab gergasi Mesir, Al Ahly itu hadir pada minit ke-94 hasil umpanan Firas Chaouat, sekali gus mengesahkan kedudukan Tunisia di tangga teratas Kumpulan H dengan 22 mata selepas lapan perlawanan.

“Apabila Firas Chaouat menerima bola pada saat-saat akhir, saya tahu dia akan mengatasi pemain Guinea. Jadi, saya mara ke hadapan dan meletakkan diri di posisi yang baik untuk menjaringkan gol,” kata Ben Romdhane.

Sementar itu, pemain tengah Tunisia, Ferjani Sassi mengakui aksi berdepan Guinea adalah satu perlawanan yang sukar pernah ditempuhinya.

“Ini perlawanan paling sukar dalam kelayakan dan kami sudah jangka memandangkan keadaan padang yang lembap. Mereka ada banyak peluang, tetapi kami bersedia. Kami percaya pada diri kami hingga ke saat akhir,” kata Sassi.

Tunisia kini memiliki kelebihan 10 mata berbanding pencabar terdekat, Namibia yang mempunyai satu baki perlawanan tetapi tidak mampu mengejar kutipan mata Tunisia.

Tunisia yang dibimbing bekas pertahanan, Sami Trabelsi kapten negara itu ketika Piala Dunia 1998 di Perancis menurunkan barisan pemain yang beraksi di sembilan negara, termasuk Hannibal Mejbri dari kelab Liga Perdana Inggeris, Burnley. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×