Krisis N. Sembilan bakal berakhir?

Krisis N. Sembilan bakal berakhir?

GAMBAR sekitar Wisma Negeri, Seremban.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kemelut pentadbiran kerajaan negeri yang telah berlarutan lebih dua bulan lalu dilaporkan telah menemui jalan penyelesaian.

Sumber yang dekat dengan usaha itu memberitahu, krisis yang melibatkan istana dan pentadbiran kerajaan negeri itu dijangka selesai penghujung minggu ini.

Katanya, kedua-dua pihak berkaitan dikatakan telah bersetuju secara dasar untuk menamatkan kemelut tersebut yang meresahkan rakyat negeri ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedua-dua pihak sebenarnya mahu krisis ini diselesaikan dan usaha ke arah itu telah dilakukan secara berterusan dan ada maklumat yang tidak boleh didedahkan kepada umum ketika ini.

“Sama-sama kita berdoa usaha ini akan berjaya,” katanya semalam.

Beliau merujuk laporan sebuah akhbar Singapura yang mendakwa UMNO kini berpecah kepada tiga kem dalam krisis politik di negeri ini.

Kem itu terdiri daripada Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan ADUN Lenggeng, Datuk Mohd. Asna Amin.

Sehingga kini, Ismail masih meneruskan tugas sebagai Menteri Besar dengan tumpuan utama untuk menjayakan pembentangan Belanjawan 2027 yang dijadualkan pada 27 November ini.

Beliau dilaporkan yakin persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu akan dapat diadakan seperti yang dijadualkan.

Sementara itu, Jalaluddin yang didakwa oleh akhbar itu telah mengadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 9 Oktober lalu sehingga kini mengambil sikap berdiam diri selain menghadiri persidangan Dewan Rakyat selaku Ahli Parlimen Jelebu.

Mohd. Asna adalah salah seorang daripada 10 ahli EXCO kerajaan negeri yang dibatalkan pelantikan oleh Tuanku Muhriz pada 24 September lalu.

Utusan Malaysia masih berusaha mendapatkan ulasan daripada ketiga-tiga pemimpin tersebut mengenai kemungkinan tampuk kepimpinan negeri ini bertukar dalam masa terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini