Tunisia pecat jurulatih selepas aib Piala Dunia

Tunisia pecat jurulatih selepas aib Piala Dunia

Herve Renard. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Tunisia bertindak pantas melakukan perubahan drastik apabila memecat ketua jurulatih, Sabri Lamouchi hanya beberapa hari selepas dibelasah Sweden 5-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan F Piala Dunia 2026.

Persekutuan Bolasepak Tunisia mengesahkan bekas pengendali Arab Saudi, Herve Renard dilantik sebagai jurulatih baharu skuad kebangsaan sehingga tamat kempen Piala Dunia 2026.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi siaran televisyen nasional Tunisia selepas kekalahan memalukan yang meletakkan pasukan itu dalam situasi sukar untuk memburu tiket ke pusingan kalah mati.

Presiden Persekutuan Bolasepak Tunisia, Moez Nassari berkata persetujuan rasmi telah dicapai dengan Renard bagi mengambil alih tugas mengemudi skuad The Eagles of Carthage.

“Perjanjian rasmi telah dicapai dengan jurulatih Perancis, Herve Renard untuk mengambil alih pasukan kebangsaan Tunisia sehingga tamat Piala Dunia 2026.

“Beliau akan memulakan tugas serta-merta bagi menghadapi baki kempen kejohanan ini,” katanya.

Lamouchi yang juga bekas pemain antarabangsa Perancis hanya dilantik pada Januari lalu, namun gagal memberikan impak apabila Tunisia tumbang besar dalam perlawanan pertama mereka di Amerika Utara.

Renard bukan nama asing di pentas antarabangsa selepas mencipta sensasi bersama Arab Saudi apabila menewaskan juara dunia akhirnya, Argentina pada aksi pembukaan Piala Dunia 2022 di Qatar.

Tunisia kini berdepan tugas getir untuk menghidupkan peluang mara ke pusingan kalah mati apabila dijadual bertemu Jepun dalam aksi kedua Kumpulan F pada Sabtu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN