Hambar punca Barcelona mahu pulangkan Rashford

Hambar punca Barcelona mahu pulangkan Rashford

MARCUS Rashford kini beraksi bersmam Barcelona di La Liga. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Perpindahan impian Marcus Rashford ke Barcelona berisiko bertukar menjadi mimpi ngeri apabila media Sepanyol melaporkan kelab gergasi Sepanyol itu sudah mempertimbangkan untuk menghantarnya kembali ke Manchester United.

Penyerang England berusia 27 tahun itu, menyertai Barca secara pinjaman semusim pada musim panas ini dengan klausa pilihan pembelian bernilai 30 juta pound (RM171 juta).

Begitupun selepas hanya tiga aksi La Liga, Rashford dilaporkan berada dalam senarai penyingkiran berikutan prestasi hambar dan kini perlu segera membuktikan kemampuan dirinya.

Menurut laporan El Nacional, mendakwa pengurusan Barca kecewa dengan permulaan lembab Rashford, malah menggambarkan pemain itu sebagai pemalu dan keliru di tengah padang.

Pengurusan kini dilapor menimbang untuk menamatkan pinjaman lebih awal sebelum Krismas, yang akan menyaksikan Rashford kembali ke Old Trafford, walaupun kelab itu masih perlu membayar 4.3 juta pound (RM24.5 juta) kepada United.

Rashford sebelum ini berusaha keras untuk berpindah ke Nou Camp bagi melarikan diri daripada tempoh sukar di United selepas prestasi merudum dan rasa kecewa semakin meningkat di bilik persalinan.

Barcelona pula hanya menjadi Rashford sebagai pilihan selepas gagal mendapatkan Luis Diaz dari Liverpool dan bintang Sepanyol, Nico Williams.

Jurulatih Barca, Hansi Flick menjadikan Rashford sebagai taruhan peribadi dengan harapan dapat menghidupkan semula kariernya.

Flick mahu membuka kembali potensi yang suatu ketika menyaksikan Rashford sebagai antara prospek paling hangat di Eropah.

Isyarat awal kelihatan positif apabila Rashford mempamerkan prestasi meyakinkan ketika pramusim dan mempamerkan beberapa detik yang memukau.

Namun dalam saingan liga, sebaliknya berlaku apabila Rashford masih gagal menjaringkan gol atau melakukan bantuan jaringan dalam tiga perlawanan pertama, malah dikeluarkan pada separuh masa ketika kemenangan dramatik 3-2 Barca ke atas Levante. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN