TFC waspada kebangkitan Selangor

TFC waspada kebangkitan Selangor

PEMAIN Terengganu FC (TFC) menjalani latihan di Kompleks Sukan Gong Badak, kelmarin sebelum perlawanan menentang Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kemenangan besar ke atas Brunei tidak membuatkan Terengganu FC (TFC) berasa selesa, sebaliknya mahu lebih berhati-hati menjelang aksi getir menentang Selangor FC dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.

Ketua jurulatih TFC, Badrul Afzan Razali menyifatkan kemenangan ke atas Brunei menjadi tonik terbaik buat skuad Penyu, namun menegaskan fokus penuh kini terarah kepada misi membawa pulang mata berharga daripada gelanggang lawan.

“Alhamdulillah, tiga mata ketika menewaskan Brunei menjadi motivasi tambahan buat pemain tetapi perlawanan dengan Selangor ini lain cabarannya. Kita tahu Selangor pasukan kuat dan mereka pasti mahu bangkit selepas tewas sebelum ini. Jadi saya ingatkan pemain-pemain agar konsisten 100 peratus,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan terakhir pasukan di sini, semalam.

Mengulas kelebihan pasukannya yang memiliki rehat lebih panjang berbanding lawan, beliau mengakui faktor itu sedikit-sebanyak membantu persiapan menjelang pertembungan getir itu.

“Ya, kita ada empat hari untuk recovery berbanding Selangor yang baru beraksi Ahad lalu. Itu memberi sedikit ruang untuk pemain-pemain TFC kembali segar,” ujarnya.

Sementara itu, beliau memberitahu semua tonggak utama TFC berada dalam keadaan baik termasuk penyerang import, Gabriel Silva yang kembali pulih daripada kecederaan.

“Saya juga mahu lihat ketajaman penyudah lebih baik kerana ketika lawan Brunei kita ada 12 percubaan tepat tetapi hanya lima disudahkan menjadi jaringan,” katanya.

Perlawanan Selangor menentang TFC dijangka menjadi tumpuan minggu ini dengan kedua-dua pasukan membawa misi berbeza, Red Giants mahu bangkit daripada kekalahan manakala skuad Penyu pula berhasrat mengekalkan momentum kemenangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×