Terima tawaran atau boleh lupakan Isak

Terima tawaran atau boleh lupakan Isak

Newcastle meletakkan harga tinggi kepada Liverpool jika mahu membeli penyerang Sweden, Alexander Isak. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Newcastle menolak bidaan pembukaan Liverpool untuk menandatangani penyerang Sweden, Alexander Isak menurut laporan media antarabangsa.

Isak menjalani latihan di kelab lamanya, Real Sociedad sepanjang minggu ini selepas dilaporkan memberitahu majikannya bahawa dia mahu meninggalkan St James’ Park.

Penyerang berusia 25 tahun itu dikaitkan dengan Liverpool sejak akhir musim lalu dan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu kini dipercayai telah menyatakan minat mereka secara rasmi dengan tawaran sekitar 110 juta pound (RM624 juta) termasuk potensi tambahan.

Namun, Newcastle dilaporkan meletakkan nilai Isak pada 150 juta pound (RM852 juta) masih mahu mengekalkan aset berharga mereka dan telah menolak tawaran awal Liverpool.

Isak menyertai Newcastle dengan perpindahan bernilai 60 juta pound (RM340 juta) dari Real Sociedad pada 2022, menjaringkan 23 gol dalam EPL musim lalu untuk membantu pasukannya layak ke Liga Juara-Juara.

Dia masih mempunyai tiga tahun dalam kontraknya bersama Newcastle tetapi tidak menyertai jelajah pramusim kelab ke Asia dengan kelab menyatakan dia mengalami kecederaan paha ringan.

Khamis lalu, Real Sociedad mengesahkan bahawa Isak berada di fasiliti mereka dengan jurulatih peribadinya.

Kelmarin, Newcastle menawarkan Isak kontrak baharu mengandungi klausa pelepasan untuk tahun depan tetapi dia membalas dengan menegaskan bahawa dia mahu berpindah segera. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×