Azeem perlu kekal berlatih luar negara

Azeem perlu kekal berlatih luar negara

Muhammad Azeem Fahmi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi perlu kekal berlatih dalam persekitaran dan persaingan tinggi selepas menamatkan pengajian di Universiti Auburn, Amerika Syarikat (AS).

Atlet kelahiran Teluk Intan, Perak itu akan menamatkan pengajiannya tahun depan dan pemilihan hala tuju dan tempat latihan selepas itu sangat penting bagi memastikan prestasinya terus berkembang.

Bekas raja pecut Asia Tenggara, Nazmizan Muhammad berkata, selain AS, Eropah adalah antara pilihan ideal memandangkan suasana latihannya yang lebih kompetitif dan akses kepada pelari bertaraf dunia sebagai ‘teman sepelatih’.

“Kalau dia belum ada keputusan lagi, saya harap dia pertimbangkan Eropah kerana di sana banyak kejohanan dan ‘timing’ mereka konsisten tinggi,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Menurut Nazmizan, Azeem yang kini berusia 21 tahun, bakal memasuki fasa emas sebagai pelari pecut apabila prestasi sebenar biasanya meledak sekitar usia 25 hingga 26 tahun.

Dalam pada itu, Nazmizan menegaskan, biarpun Azeem belum memenangi gelaran utama dalam mana-mana kejohanan, namun catatan masa yang konsisten lebih penting dalam acara 100 meter.

“Bila masa dia bagus, dia boleh layak ke mana-mana kejohanan besar. Itu lebih utama dari soal gelaran sebenarnya,” kata pemenang pingat emas Sukan SEA 2003 dalam acara 100 dan 200 meter itu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN