Skuad sepak takraw dirombak 

Skuad sepak takraw dirombak 

Malaysia gagal menamatkan badi menentang Thailand dalam acara regu berpasukan Piala Asia 2025 baru-baru ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad sepak takraw negara akan melakukan rombakan besar bagi memberi peluang kepada muka-muka baharu menyarung jersi kebangsaan ke Kejohanan Piala Raja Thai di Korat, Thailand bulan depan.

Ketua jurulatih kebangsaan, Ahmad Jais Baharun berkata, langkah tersebut penting bagi mengenal pasti pemain berpotensi tinggi yang boleh diketengahkan sebelum Sukan SEA Thailand pada hujung tahun ini.

“Kita lihat ada keperluan untuk beri ruang kepada pemain baharu. Mungkin pemain yang tidak terpilih ke Piala Asia tempoh hari akan kita bawa ke Thailand bagi tujuan penilaian.

“Ini juga sebahagian daripada usaha mencari kombinasi terbaik dan formula kemenangan menjelang Sukan SEA nanti,” katanya.

Dalam edisi terdahulu Piala Raja Thai, skuad negara membawa pulang masing-masing satu pingat emas, perak dan gangsa dalam acara berpasukan lelaki serta kuadran campuran.

Ahmad Jais turut mengakui skuad negara masih perlu memperkemaskan beberapa aspek permainan termasuk di bahagian serangan dan pertahanan sebelum mengharungi cabaran lebih besar.

“Banyak perkara perlu diperbaiki. Apa yang saya harapkan, pemain yang dipanggil nanti tampil dengan komitmen sepenuhnya dan beri yang terbaik demi lencana di dada,” katanya.

Skuad negara yang bakal memulakan aksi kejohanan Piala Raja Thai, pada 20 hingga 27 Julai ini di Korat, Thailand bakal menjadikan aksi tersebut sebagai pentas untuk menguji pemain baharu dalam menghadapi kejohanan Sukan SEA pada Disember ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN