Menang pingat emas tapi...

Menang pingat emas tapi…

Aishah Rofina (kanan) menang pingat emas pada Kejohanan Padang dan Balapan Terbuka Thailand 2025, kelmarin. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun berjaya membawa pulang pingat emas dalam acara 100 meter (m) di Kejohanan Olahraga Terbuka Thailand 2025 namun larian atlet pecut kebangsaan, Nur Aishah Rofina Aling masih terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki.

Jurulatihnya, Jumain Taepe berkata, anak buahnya itu perlu memperbaiki pecutan awal dalam 30 m pertama perlumbaan serta pelepasan lariannya daripada blok permulaan.

Kata Jumain, Aishah yang melakukan catatan masa 11.90 saat (s) untuk memenangi emas memiliki kekuatan pada fasa akhir larian, namun kelemahan paling ketara pada pecutan awal masih menjadi kebimbangan yang perlu diambil serius.

“Saya sebenarnya tidak risau 40 meter terakhir Aishah. Perkara yang sangat membimbangkan ialah blok permulaan dan pecutan 30 meter pertamanya. Di situ dia masih perlu banyak perbaikan,” katanya.

Jumain turut memberitahu latihan intensif sebelum ke Bangkok menjadi kunci kepada sedikit peningkatan yang ditunjukkan oleh pelari dari Sabah itu.

“Sebab itu sebelum datang ke Thailand, kami banyak jalani latihan reaksi masa, permulaam blok dan fasa pecutan. Alhamdulillah ada sedikit peningkatan, tetapi ia masih belum cukup sempurna. Masih ada ruang untuk menjadi lebih baik.

“Selepas ini kami sasar Terbuka Malaysia. Kami juga berharap Aishah akan disenaraikan oleh Majlis Sukan Negeri Sabah untuk beraksi di Sukan Borneo di Sarawak pada September nanti,” tambahnya.

Sebagai rekod, Nur Aishah adalah pemegang rekod kebangsaan bagi acara 4x100m wanita dengan catatan 44.58s bersama Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli dan Nur Afrina di Sukan SEA Kemboja 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN