Piala ASEAN tugasan terakhir Pau Marti

Piala ASEAN tugasan terakhir Pau Marti

Pengendali skuad Harimau Malaya, Pau Marti Vicente bersama pemain pada sesi latihan di Wisma FAM, semalam. Mereka akan memikul cabaran ke Piala ASEAN 2024 yang akan membuka tirai esok. Malaysia dijadual menentang Kemboja pada perlawanan pertama di Pnom Penh. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente secara rasmi mengumumkan Piala ASEAN 2024 akan menjadi tugasan terakhirnya bersama pasukan kebangsaan.

Pengendali dari Sepanyol itu menjelaskan bahawa pengundurannya sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan adalah kerana penstrukturan semula pengurusan pasukan kebangsaan.

Katanya, sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula ini, ketua jurulatih dan barisan kejurulatihan Harimau Malaya yang baharu akan dilantik untuk kempen Kelayakan Piala Asia 2027 mulai tahun depan.

“Saya ingin memaklumkan bahawa Piala ASEAN 2024 akan menjadi tugasan terakhir saya sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya.

“Berikutan itu, saya dan barisan kejurulatihan akan menamatkan perkhidmatan kami bersama skuad Harimau Malaya pada akhir kempen Piala ASEAN 2024.

“Adalah satu perkara yang menyeronokkan untuk meneruskan perjalanan ini bersama-sama, kerana kami mengharungi tiga tahun yang menakjubkan di Malaysia yang dipenuhi dengan kenangan yang tidak dapat dilupakan. 

“Walaupun ia tidak akan mungkin, pasukan kebangsaan kita akan terus bermain untuk mempertahankan maruah Malaysia,” katanya.

Pau Marti dilantik sebagai pengendali Harimau Malaya sejak Ogos lalu bagi menggantikan Kim Pan Gon yang meletak jawatan.

Sepanjang di bawah kendalian Pau Marti menyaksikan Malaysia meraih tiga kemenangan satu seri dan tewas sekali kepada New Zealand.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kemungkinan akan mengumumkan struktur baharu Harimau Malaya dalam tempoh terdekat ini iaitu dijangka pada 15 Disember ini.

Perubahan besar-besaran dalam sistem pengurusan skuad Harimau Malaya idea daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim sekali gus menyaksikan terdapat perubahan besar bakal dilaksanakan kelak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN