PETANG Selasa lalu, saya terkedu tatkala mendapat berita projek pertama bertajuk, WikiKata – Perjalanan Kerjasama Bagi Memelihara Bahasa Orang Asli diumumkan sebagai pemenang Anugerah Green Gown Antarabangsa bagi kategori Keterlibatan Siswa. Anugerah berprestij ini bertujuan mengiktiraf inisiatif diusahakan sesebuah institut pendidikan tinggi ke arah kemampanan cemerlang. Ia bukanlah satu kemenangan yang mudah kerana saingan kami melibatkan projek-projek hebat berskala besar daripada pelbagai institusi pengajian tinggi terkenal dari negara-negara yang jauh…










