Sporting sahkan United mahu Amorim

Sporting sahkan United mahu Amorim

RUBEN AMORIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON: Sporting Lisbon mengesahkan keinginan Manchester United mengambil jurulatihnya Ruben Amorim dengan persetujuan membayar 10 juta euro (RM47.3 juta) sebagai klausa pelepasan, menurut kenyataan kelab itu kepada bursa.

United sebelum ini memecat bekas pengurusnya, Erik ten Hag ekoran prestasi hambar sepanjang musim sekali gus mengundang pelbagai spekulasi mengenai pengganti beliau.
Amorim yang berusia 39 tahun menjadi pilihan walaupun  pengurus Brentford, Thomas Frank dan bos Fulham, Marco Silva juga dilaporkan berada dalam radar United.
Sporting bagaimanapun memberi isyarat jelas mengesahkan United semakin menghampiri mendapatkan sasarannya.
“Manchester United telah menyatakan minat mereka untuk mendapatkan Ruben Amorim dan bersetuju untuk membayar 10 juta euro (RM47.3 juta) sebagai klausa pelepasan,” kata Sporting dalam satu kenyataan, hari ini.
Bagaimanapun, Amorim tidak mahu mengulas spekulasi mengenainya, sebaliknya memberi tumpuan kepada perlawanan Piala Liga antaranya kelab bimbingannya menentas Nacional.
“Saya tidak akan bercakap mengenai masa depan. Saya bangga menjadi jurulatih Sporting Lisbon,” katanya.
Amorim dianggap salah seorang jurulatih muda terbaik di Eropah dan pernah dikaitkan menggantikan Jurgen Klopp di Liverpool musim ini sebelum jurulatih Belanda, Arne Slot dipilih. – AFP/UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN