BELGRADE: Persatuan Bolasepak Serbia (FSS) mengugut untuk menarik diri daripada meneruskan saingan Euro 2024 berikutan ejekan jelek penonton semasa perlawanan Albania menentang Croatia yang berakhir keputusan seri, Rabu lalu.
Setiausaha Agung FSS, Jovan Surbatovic memberitahu penyiaran Serbia RTS, pihaknya menuntut tindakan daripada pihak berkuasa berhubung perkara itu termasuk mereka yang melaungkan: “Kill, kill, kill the Serb”.
Sementara itu, UEFA selaku badan induk bola sepak Eropah telah membuka kertas siasatan berhubung isu tersebut.
Sebuah pasukan khas telah ditubuh bagi menyiasat dakwaan tersebut yang melibatkan penyokong sepanjang kejohanan.
Pasukan itu juga akan menyiasat tingkah laku pemain Albania, Mirlind Daku yang didakwa tidak senonoh.
Media Serbia melaporkan, Daku mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya berkaitan orang Serb dan Macedonia.
Peersekutuan Bolasepak Madedonia (FFM) mengakui perkara tersebut dan mengecam Daku dan akan mengeluarkan surat kepada UEFA berhubung tingkah laku pemain itu.
Persekutuan itu juga menuntut Daku membuat permohonan maaf atas perbuatannya itu dan pemain itu aku memohon maaf. – AFP/UTUSAN










