Zii Jia akui Lakshya lebih bagus

Zii Jia akui Lakshya lebih bagus

LEE Zii Jia tewas 22-20, 16-21, 19-21 kepada Lakshya Sen sekali gus meranapkan impiannya untuk mengulangi pencapaian tiga tahun lalu apabila dinobatkan sebagai juara All England. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lee Zii Jia mengakui ketahanan fizikal dan mental lawannya Lakshya Sen lebih ampuh menyebabkan dia terpaksa akur kepada pemain India yang menghuni ranking ke-18 dunia itu di Kejohanan All England, semalam.

Pemain perseorangan lelaki No. 1 negara itu tewas 22-20, 16-21, 19-21 sekali gus meranapkan impiannya untuk mengulangi pencapaian tiga tahun lalu apabila dinobatkan sebagai juara.

Kekalahan tersebut juga menyaksikan pemain India berusia 23 tahun tersebut semakin menjarakkan rekod pertemuan dengan Zii Jia kepada 4-1.

“Saya rasa ketahanan fizikal dan mental membantu Lakshya untuk mencatat kemenangan pada perlawanan, hari ini (semalam).

“Saya terima kekalahan ini kerana harus saya akui Lakshya beraksi lebih baik berbanding saya terutama dalam set ketiga,” katanya dalam satu temu bual bersama Persekutuan Badminton Dunia (BWF), semalam.

Pemain berusia 26 tahun itu mengakui, dia agak terkejut menyaksikan Lakhsya masih mampu mempamerkan persembahan terbaiknya, walaupun, pemain muda India itu terpaksa mengharungi asakan bertali arus sepanjang perlawanan.

“Ketahanan mental dan fizikal dia cukup tinggi sepanjang perlawanan, hari ini, meskipun semua sedia maklum Lakshya berdepan aksi yang cukup mencabar sepanjang Terbuka Perancis, minggu lalu.

“Sebenarnya, saya terkejut kerana dia dapat kekalkan aksi yang cukup baik selepas Terbuka Perancis.

“Kecewa itu memanglah ada kerana saya gagal meraih kemenangan, tetapi, saya sudah cuba yang terbaik dan memberikan segala-galanya, hari ini, ketika berdepan Lakshya, bagi saya ini adalah aksi terbaik saya,” ujar Zii Jia.

Katanya, dia memang tidak layak untuk ke separuh akhir berdasarkan persembahannya itu tetapi masih yakin prestasi yang ditampilkan sepanjang minggu ini sangat positif.

Selepas All England, Zii Jia akan meneruskan aksinya dalam Jelajah Eropah dan akan menyertai Terbuka Switzerland bermula 19 hingga 24 Mac ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN