Pandelela digugurkan dari RTG?

Pandelela digugurkan dari RTG?

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong berisiko digugurkan daripada program sukan elit, Road to Gold (RTG) selepas gagal layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai depan.

Pandelela gagal meraih tempat ke temasya sukan terbesar dunia itu selepas terkandas awal dalam acara 10 meter (m) platform individu wanita di Kejohanan Akuatik Dunia, Doha pada Ahad.

Turut sama berisiko untuk digugurkan adalah rakan sepasukan, Nur Dhabitah Sabri yang turut gagal menempatkan diri dalam kedudukan empat terbaik apabila sekadar meraih tempat ke-12 dalam acara 10m platform seirama bersama Nur Dhabitah Sabri.

Begitupun, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh enggan membuat keputusan terburu-buru dengan menegaskan kedudukan atlet yang gagal ke Paris akan dibincangkan bersama koordinator program, Datuk Stuart Ramalingam dalam mesyuarat RTG.

“Saya tidak ingin membincangkan tentang Pandelela hari ini (semalam), hanya mengenai perbincangan meja bulat berkaitan pembudayaan sukan dalam kalangan warga emas.

“Kedudukan Pandelela (sama ada digugurkan ataupun tidak) akan dibincangkan dalam mesyuarat RTG, nanti kami akan panggil untuk sidang media,” jelas Hannah yang ditemui media dalam sesi perbincangan meja bulat di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semalam.

Oktober lalu, Jawatankuasa RTG telah pun menggugurkan hoki dari program itu setelah gagal meraih pingat emas di Sukan Asia Hangzhou selain turut melepaskan dua beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing serta Shevon Lai-Goh Soon Huat yang semakin jauh ketinggalan dalam ranking kelayakan ke Sukan Olimpik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN