BATC: Misi sukar bertemu Thailand

BATC: Misi sukar bertemu Thailand

PEARLY Tan melakukan smash ketika berpasangan dengan M. Thinaah menentang lawan dari Emeriah Arab Bersatu (UAE) Rajesh Nayonika dan Sundarapandian Madhumitha dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2024 di Shah Alam, semalam. Pasangan negara menang 21-4, 21-5. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Skuad wanita negara dijangka berdepan misi sukar me­nentang pilihan ketiga, Thailand dalam perlawanan me­nentukan juara Kumpulan Y Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di sini, hari ini.

Berdasarkan ranking, ke­le­bihan tampak berpihak kepada negara jiran itu terutama pemain perseorangan mereka.

Skuad wanita negara semalam mengesahkan tempat ke suku akhir selepas menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 5-0.

Bagaimanapun, jika Goh Jin Wei mempamerkan prestasi ter­baiknya, dia mempunyai peluang ke atas pemain No. 17 dunia, Supanida Katethong.

Jin Wei yang menghuni ranking ke-31 dunia, pernah mencipta kejutan ke atas jaguh India, P. V. Sindhu pada Piala Sudirman di China, tahun lalu dan jika dia berupaya mengulangi kecemerlangan itu, tidak mustahil mampu menyumbang mata pertama.

Namun, jika berlaku sebalik­nya, harapan mencipta kejutan mungkin terpaksa dilupakan.

Kelebihan ketara yang dimiliki Malaysia hanya menerusi beregu No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah sama ada berdepan Jongkolphan Kittharakul-Ra­winda Prajongjai atau pasangan adik beradik, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard.

Sekalipun, Jongkolphan-Ra­winda menghuni ranking No. 10 dunia berbanding Pearly-Thinaah di kedudukan ke-14 dunia tetapi pasangan Thailand itu tidak pernah menang daripada enam pertemuan sebelum ini.

Begitu juga beregu No. 13 dunia, Benyapa-Nuntakarn, rekod pertemuan dua kali memihak Pe­arly-Thinaah.

Thinaah ketika ditemui pemberita keberatan untuk mengulas lanjut berhubung peluang skuad negara ke atas Thailand.

“Seperti biasa kami fokus kepada perancangan permainan kami dan berharap dapat memberikan yang terbaik,” katanya.

Sekiranya, Jin Wei dan Pearly-Thinaah mampu menyumbang dua mata, Malaysia hanya perlu mengharapkan pemain remaja, Wong Ling Ching untuk mengesahkan kemenangan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN