Petanda gelombang baharu? - Utusan Malaysia

Petanda gelombang baharu?

SEBELAS pelajar Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin, Jasin, Melaka turut dijangkiti Covid-19, semalam. – UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peningkatan kes Covid-19 melibatkan kluster institusi pendidikan dikhuatiri mencetuskan gelombang baha­ru jika tidak ditangani secara ber­kesan.

Sehingga semalam, tujuh institusi pen­didikan dilaporkan antaranya kluster Dah Penya­rom melibatkan pelajar Maktab Mahmud Tobiar, Pendang, Kedah dan kluster Jalan Tun Te­lani membabitkan Kolej Vokasional Mela­ka Tengah, Melaka.

Selain itu, kluster Dah Jalan Pantai melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kuala Muda di Sungai Petani, Kedah dan kluster Embi Telipot (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

Naim Lilbanat, Kelantan) dan Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin, Jasin.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pakar Kesihatan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Sha­rifa Ezat Wan Puteh berkata, peningkatan mendadak jumlah kluster Covid-19 menunjukkan wabak itu mempunyai kemungkinan untuk mewujudkan gelombang keempat.

“Kita baru sahaja dikejutkan dengan pendedahan tentang sijil vaksin palsu yang dijual oleh pihak tidak bertanggungjawab dan sekarang secara tiba-tiba muncul kluster-kluster baharu yang menjadi indikasi bahawa masih ramai boleh menjadi pembawa wabak ini.

“Kita perlu pastikan mereka yang betul-betul layak divaksin menerima suntikan dan bukan sekadar mendapat sijil vaksin. Kakitangan sekolah juga perlu amanah kerana bukan semua kanak-kanak di sekolah boleh menerima vaksin, jadi kita yang berkelayakan haruslah bertanggungjawab memastikan keselamatan semua pihak terjamin.

“Sudah tentu kita semua maklum, walaupun dengan vaksin, kita bukanlah kebal daripada Covid-19. Jika tiada yang menjadi pembawa virus iaitu dengan mendapatkan suntikan maka persekitaran kita akan menjadi lebih selamat,” katanya di sini, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×