'Pihak imigresen tolong ambil maklum' - Puteri Sarah - Utusan Malaysia

‘Pihak imigresen tolong ambil maklum’ – Puteri Sarah

PUTERI Sarah mahu pihak imigresen ambil tindakan sewajarnya terhadap bekas pembantu rumahnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Puteri Sarah Liyana memuat naik status berhubung bekas pembantu rumahnya yang mahu menyelinap masuk ke tanah Malaysia secara haram.

Jelas isteri kepada pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof, bekas pembantu rumahnya itu juga telah membuat jenayah.

“Buat hal lepas itu bagitahu nak masuk Malaysia semula ikut jalan belakang. Ada yang kerja imigresen? Tolong perhatikan dia ini dan senarai hitamkan dia.

“Pencuri duit, rupanya sebelum pulang curi barang kemas dan duit saya,” ujarnya tegas di akaun Instastory.

Serentak dengan perkongsian hantaran tersebut, Puteri turut berkongsi berita berkenaan di ruang landasan IG.

“Lisdawati ini nak masuk Malaysia ikut jalan belakang dan satu keluarga dia positif Covid-19,” coret Puteri yang menutup ruang komen berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×