'Ini giliran kamu semua pula yang duduk keji maki aku…' - Lana Nodin - Utusan Malaysia

‘Ini giliran kamu semua pula yang duduk keji maki aku…’ – Lana Nodin

LANA Nodin tampil sembur segelintir pihak terhadap komen yang pernah diterimanya berkenaan vaksin dan keluar negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Lana Nodin, tampil memberi respon semula membalas kenyataan-kenyataan yang pernah diterimanya sebelum ini berkaitan isu vaksin Covid-19.

Menerusi entri Instagram, Lana memuat naik satu hantaran video yang memaparkan orang ramai berlari merempuh pagar.

Video berkenaan, dikatakan sakarstiknya buat seluruh lrakyat Malaysia pada waktu ini, selepas kerajaan telah membenarkan merentas negeri dan keluar negara, mulai semalam.

“Harap-harap rakyat Malaysia yang boleh rentas itu, semoga jangan macam ini ya. Dulu yang suruh aku mereput duduk diam siap halau balik USA (Amerika Syarikat).

“Sekarang bila aku sudah balik ke sana, kata biar aku dapat Covid-19 pula. Ini giliran kamu semua pula yang duduk keji maki aku. Kau rasa pula bila kamu semua yang menggeletis masa ini kerajaan kata boleh nak keluar Malaysia.

“Siap beri informasi konon aku tidak lepas masuk lapangan terbang, nak masuk USA pun tidak boleh (Kau tahu kau siapa, jangan buat malu pula nanti bersua muka ya),” coretnya sarkastik di Instagram.

Mengulas lanjut, pelakon itu turut menyindir seorang artis dengan menyifatkan individu berkenaan sebagai ‘lalang’ dan dikatakan sibuk berkongsi tentang pengambilan vaksinasi di media sosial.

“Siap ada artis veteran dan seorang artis lalang ini konon dia kata perli artis, tetapi serius aku pun tidak kenal. Tapi konon anggap diri itu baik dengan orang politik.

“Hari-hari sibuk, setiap masa sibuk memuat naik fasal perihal vaksin ini! Sekali sekala nak jadi warganegara baik orang tahu, tetapi pengumuman itu ini sudah tahap kalah Perdana Menteri!

“Kau itu teruskan sahajalah tak perlu sibuk hal orang. Berlakon sahaja tidak perlu buat drama, cukup dah cukup drama politik. Orang industri pun meluatlah dengar cerita kau hari-hari tak habis diskriminasi orang!” ujarnya.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rakan artis iaitu Rita Rudaini juga menyokong kenyataan pelakon itu serta mengatakan orang luar negara kebanyakannya bercampur sahaja tanpa mengira status vaksinasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×