PETALING JAYA: Aktivis pelajar dan masyarakat, Adam Adli Abdul Halim mengakui membuat keputusan menyertai PKR selepas merasakan wujudnya ketidakstabilan politik negara yang berpanjangan ketika ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau tidak boleh sekadar memandang dari jauh dan berdiam diri melihat politik negara terus berada dalam keadaan terumbang-ambing dan huru-hara. “Sebab huru-hara itulah saya rasa ada keperluan untuk sertai politik. Saya tak tenang kalau saya sertai sewaktu aman damai atau sewaktu…










