'Jagalah aib suami isteri' - Lufya Omar - Utusan Malaysia

‘Jagalah aib suami isteri’ – Lufya Omar

Lufya Omar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Lufya Omar, 36, berkongsi luahan dan pendapatnya mengenai tingkah pasangan suami isteri yang seharusnya menjaga aib sesama sendiri dalam menjaga kerukunan hubungan rumah tangga.

Menurut Lufya, seharusnya setiap wanita belajar dan mengambil iktibar daripada kisah orang lain dalam usaha membina hidup dan rumah tangga yang harmoni.

“Tujuan utama berkahwin itu ibadah, bukan kerana harta dan paras rupa. Aib suami wajib jaga. Aib isteri pun kena jaga juga. Jangan pula semasa ada masalah bergaduh dengan isteri, suami menelefon ibu dan ajak sekali bergaduh.

“Bila dengar kelakar bukan? Tapi ini kisah benar seorang wanita kongsikan. Tak kisahlah apa cara sekali pun. Kalau tengah marah berapi, kena duduk dan istighfar.

“Kalau tak jalan juga, mandi,” katanya dalam satu hantaran di akaun Instagram hari ini.

Selain itu, menurut Luftya, kaum wanita sememangnya dilahirkan dengan fitrah merangkumi pelbagai emosi.

Namun, semua emosi itu mampu dipatahkan sekiranya lelaki bijak memainkan peranannya.

“Wanita akan cair dengan kebijaksanaan lelaki mengatasi masalah dengan cara yang lembut. Sebab itulah, bukan wanita yang kena jadi ketua keluarga, tetapi lelaki.

“Ini nasihat buat pasangan yang mana nak berkahwin atau dah berkahwin. Kedua-duanya kena selaras menjaga kehormatan dan tanggungjawab masing-masing.

“Kasih sayang itu akan bertambah-tambah walaupun wajah tampan dan kecantikanmu akan berkurangan,” katanya.

Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya di media sosial dengan antara yang dilihat bersetuju dengan kenyataan itu ialah isteri usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri, Datin Shahida Mohd Rashid.

Ada antara komen pengikut juga turut mendoakan Lufya ditemukan dengan jodoh yang baik dan benar-benar memahami selain mampu menjaga puteri tunggalnya, Laana Haura yang kini berusia tiga tahun.

Pada tanggal 26 November 2016 Lufya pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum.

Pergolakan rumah tangganya sempat dihidu rakan-rakan media sekitar 2018 namun

Namun selepas empat tahun bergelar suami isteri, kedua-duanya disahkan berpisah pada 17 Jun 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×