PARIS, 8 Mei 2026 /PRNewswire/ — Pada musim luruh 2026, selepas Venice Biennale, Lyon Biennale of Contemporary Art menampilkan dirinya sebagai salah satu acara utama dalam kalendar seni antarabangsa.
Sebagai acara seni kontemporari terkemuka di Perancis, setiap edisi menghimpunkan hampir 300,000 pengunjung dan menjana lebih 2.7 juta interaksi dengan karya seni di ruang awam, sekali gus mencerminkan sebuah model unik yang menyatukan penghasilan seni, penyebarannya, penglibatan wilayah serta jangkauan antarabangsa pada skala besar.
Lebih daripada sekadar sebuah pameran, Lyon Biennale kini merupakan platform antarabangsa yang berpengaruh, ysng mempertemukan persada seni, institusi, pengumpul karya seni, yayasan, golongan profesional dan dinamika ekonomi global.
Lyon Biennale of Contemporary Art ke 18
Passer d’un rêve à l’ autre/ Untuk berpindah dari satu mimpi ke mimpi yang lain
Lyon, Perancis | 19 September – 13 Disember 2026
https://www.labiennaledelyon.com/en
Muat turun Press Kit: https://www.labiennaledelyon.com/en/espace-presse-art
Selepas Venice, Lyon: pusat graviti baharu untuk dunia seni global
Biennale Seni Kontemporari Lyon ke-18 akan berlangsung pada pertengahan musim luruh 2026, pada masa yang strategik dalam kalendar seni kontemporari antarabangsa.. Ia memperluas, mengalih dan menghidupkan semula wacana seni utama yang dimulakan di Venice Biennale, lalu mempasakkannya pada sebuah wilayah yang tersendiri: Lyon, sebuah kota persinggahan, pertukaran dan transformasi.
Dalam geografi bandar, sejarah dan ekonomi ini, Biennale mengubah Lyon menjadi ruang eksperimen berskala besar, di mana karya seni berdialog dengan warisan, tapak perindustrian, muzium serta ruang awam.
Catherine Nichols: suara kuratorial antarabangsa yang kian menyerlah
Edisi ke-18 diamanahkan kepada Catherine Nichols, seorang kurator, penulis dan ahli sejarah seni yang berpangkalan di Berlin. Beliau baru-baru ini dilantik sebagai Pengarah Artistik Manifesta, dalam kerangka model pengarah bersama baharu yang akan berkuat kuasa mulai Oktober 2026 dan seterusnya.
Dengan Passer d’un rêve à l’ autre, Catherine Nichols membangunkan projek yang progresif yang berpusat pada gagasan "ekonomi puitis," yang diilhamkan oleh Robert Filliou. Di sini, ekonomi tidak dilihat semata-mata sebagai sistem kewangan: ia menjadi infrastruktur sensitif yang terdiri daripada hubungan, aliran, naratif, tenaga kerja yang boleh dilihat dan tidak boleh dilihat, serta nilai material dan tidak material.
Berakar dalam sejarah Lyon — sebuah kota yang dibentuk oleh perdagangan, peredaran, pengeluaran sutera, perindustrian dan pertemuan arus — refleksi ini mengambil dimensi yang bersifat tempatan dan pada masa yang sama sangat global.
Kartografi artistik yang diperluaskan: suasana baharu, naratif baharu
Mempertemukan lebih daripada 70 artis antarabangsa, edisi ini menonjol melalui keterbukaan yang ketara terhadap persada seni yang masih kurang diwakili di Eropah, khususnya dari Australia dan New Zealand, serta merangkumi lebih daripada tiga puluh kewarganegaraan. Wilayah-wilayah ini berdialog dengan persada seni Perancis dan Eropah dalam satu kerangka yang mempertemukan tokoh-tokoh utama, artis ternama serta suara-suara baharu yang sedang muncul.
Dengan demikian, Biennale membina sebuah kartografi seni yang diperluas, di mana persoalan nilai, penjagaan, warisan, penghasilan dan transformasi merentasi pelbagai amalan, generasi dan geografi.
Artis – (senarai penuh akan dilengkapkan pada bulan Jun)
Akwasi Bediako Afrane, Lara Almarcegui, Joël Andrianomearisoa, Serwah Attafuah, Béatrice Balcou, Eva Barto, Lucy Beech, Rossella Biscotti, Barbara Breitenfellner, Yuriyal Eric Bridgeman, Sara Sejin Chang (Sara van der Heide), Fiona Clark, Lua Coderch, Léa Collet, June Crespo, sian, Edith Dekyndt, Huong Dodinh, Yana Nafysa Dombrowsky-M ‘baye, Mikala Dwyer, Robert Filliou, Florian Fouché, Rose Frigière, Angela Goh, Birke Gorm, Nuria Güell, Alice Guy, Oda Haliti, Archana Hande, Matthew Harris, Timo Hogan, Ngahina Hohaia, Jelena Jureša, Lucia Kagramanyan, Kirtika Kain, Mikhail Karikis, Ndayé Kouagou, Perrine Lacroix, Maureen Lander, Ida Lawrence, James Lewis, Radio LYL, Kokou Ferdinand Makouvia, Nicholas Mangan, Angelica Mesiti, Hana Miletić, Hayley Millar Baker, Jazz Money, Mai Nguyen-Long, Manfred Paul, Thea Anamara Perkins, Susan Philipsz, Laure Prouvost, raumlaborberlin, Miguel Rothschild, Selma Selman, Erwan Séné, Igor Šimić, Sriwhana Spong, Tina Stefanou, Mette Sterre, Michael Stevenson, Pol Taburet, Huda Takriti, Tsuneko Taniuchi, Ashleigh Taupaki, Minh Lan Tran, Thu-Van Tran, Álvaro Urbano, Kaylene Whiskey, Luke Willis Thompson, Candrani Yulis.
Tempat pameran
- macLYON – Muzium Seni Kontemporari
- Les Grandes Locos
- Muzium Tekstil dan Seni Hiasan
- Traboule cerun Croix-Rousse – akses percuma
- Taman Muzium Seni Halus – akses percuma
- IAC – Institut Seni Kontemporari/ Frac Rhône-Alpes
- Musée des Confluences
- Yayasan Bullukian – akses percuma
- Tempat letak kereta LPA Saint-Antoine – akses percuma
- Stesen Metro line B – Gare Part-Dieu
Platform antarabangsa untuk pengeluaran dan pengaruh
Lyon Biennale pada masa yang sama merupakan tapak untuk penghasilan karya baharu, hab profesional antarabangsa dan ruang untuk refleksi mengenai transformasi kontemporari. Ia disepadukan dalam rangkaian global, terutamanya melalui International Biennial Association, dan setiap edisi mengalu-alukan artis, kurator, institusi, yayasan, rakan kongsi dan penggiat pasaran seni.
Melalui projek seni, program profesional, kerjasama antarabangsa, inisiatif pengantaraan dan projek penyertaannya, Lyon Biennale menampilkan model tunggal: acara utama yang terbuka kepada khalayak seluas mungkin dan terlibat sepenuhnya dengan isu-isu pada masanya.
Tarikh-tarikh penting
- 16-18 September 2026: Hari Akhbar
- 17-18 September 2026: Hari Profesional
- 18 September 2026: Pratonton / Pembukaan
- 19 September 2026: Pembukaan Awam
- 13 Disember 2026: Tarikh Tutup
Maklumat Tentang Lyon Biennale
Selama lebih daripada empat puluh tahun, Lyon Biennale telah menganjurkan dua acara utama di arena kebudayaan di Perancis dan di peringkat antarabangsa: Biennale of Contemporary Art dan Dance Biennale.
Sebagai institusi yang bertanggungjawab terhadap penggubalan, pengaturcaraan dan pelaksanaan kedua-dua acara ini, Lyon Biennale kini diiktiraf sebagai salah satu acara antarabangsa utama yang tertumpu kepada pengkaryaan seni kontemporari. Ia mendapat pengiktirafan yang kuat di kalangan profesional, akhbar dan penonton.
Komitmennya adalah berdasarkan empat misi teras: misi beretika, melalui pembangunan hubungan yang peka terhadap dunia menerusi seni visual dan tarian; misi sosial, melalui keterbukaan kepada semua lapisan khalayak serta pembinaan hubungan sosial; misi ekonomi, melalui sumbangannya terhadap keterlihatan dan daya tarikan wilayah berkenaan; dan misi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), melalui pendekatan yang bertanggungjawab daripada segi sosial terhadap semua pihak berkepentingannya.
Kreativiti, kecemerlangan, ketegasan, perpaduan, kepelbagaian sosial dan keterangkuman mendasari projek Lyon Biennale.
Tadbir Urus
- Presiden: Laurent Bayle
- Ketua Pegawai Eksekutif: Cécile Bourgeat
- Pengarah Artistik Lyon Biennale of Contemporary Art: Isabelle Bertolotti
- Kurator: Catherine Nichols
Lyon Biennale 2026 merangkumi model yang unik dan telah menampilkan dirinya sebagai acara yang mesti dihadiri di persada antarabangsa. Dua puluh enam tahun selepas kerjasama pertama mereka, Artprice by Artmarket dan La Demeure du Chaos bekerjasama dengan Lyon Biennale ke-18.
Acara yang mesti dihadiri dalam kalendar Seni antarabangsa, Lyon Biennale telah menampilkan dirinya, mengikuti jejak langkah Venice, sebagai lebih daripada sekadar pameran: platform pengaruh di mana artis, institusi, pengumpul, yayasan, dan penggiat utama dalam Pasaran Seni global berkumpul.
Dua puluh enam tahun selepas "Partage d’Exotisme" — Biennale 2000 yang merupakan satu lagenda, dikurasi oleh Jean-Hubert Martin sebagai kesinambungan kepada pamerannya yang terkenal pada tahun 1989, "Les Magiciens de la Terre" di Centre Georges Pompidou, yang mencetuskan sensasi di Barat. Biennial ini menyatukan Artprice oleh Artmarket dan La Demeure du Chaos sebagai pelanggan buat kali pertama. Pada tahun 2026, mereka sekali lagi akan menyertai Lyon Contemporary Art Biennial sebagai rakan kongsi yang komited untuk edisi ke-18.
Thierry Ehrmann, pengasas Artprice, presiden Artmarket, dan artis visual selama lebih empat dekad, pencipta La Demeure du Chaos – diiktiraf secara rasmi pada 20 Mac 2025 sebagai "Total Work of Art" oleh Menteri Kebudayaan Rachida Dati, memuji kepentingan Biennale of Contemporary Art ini, yang melibatkan ciri-ciri geografi dan ekonomi bandar Lyon.
Dengan semangat inilah kedua-dua entiti bergabung untuk menyokong karya Selma Selman, seorang artis yang menggunakan persembahan, lukisan, fotografi dan video bagi menggambarkan perjuangan komunitinya, sambil mempersoalkan nilai buruh, objek dan tubuh manusia. Beliau menyingkap puisi yang tersembunyi daripada bahan-bahan industri — dan mengingatkan kita bahawa keindahan juga lahir daripada kekacauan.
https://www.artprice.com/artprice-news
Butiran Hubungan: [email protected]
Foto – https://mma.prnewswire.com/media/2974210/Artmarket_1.jpg
Photo – https://mma.prnewswire.com/media/2974209/Artmarket_2.jpg
Logo – https://mma.prnewswire.com/media/2260897/Artmarket_logo.jpg
https://mma.prnewswire.com/media/2974209/Artmarket_2.jpg
https://mma.prnewswire.com/media/2260897/Artmarket_logo.jpg
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4953201_MS53201_6











