Gading Kencana terima Anugerah Rakan Strategik PKS Mara

Gading Kencana terima Anugerah Rakan Strategik PKS Mara

Gading kencana
Ir. Guntor Tobeng (tiga dari kanan) menerima Anugerah Rakan PKS daripada Ahmad Zahid Hamidi sambil diperhatikan oleh Asyraf Wajdi Dusuki (kanan) sempena Karnival 60 Tahun Mara di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat penyedia sumber tenaga boleh baharu berasaskan solar, Gading Kencana Sdn. Bhd. baru-baru ini telah menerima Anugerah Rakan PKS oleh Mara sempena Karnival 60 Tahun Mara yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

Anugerah telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang diiringi Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Pengarah Urusan Gading Kencana, Datuk Ir. Guntor Tobeng menyifatkan anugerah itu sebagai pengiktirafan kepada syarikatnya yang sudah hampir 30 tahun terbabit dalam industri tenaga boleh baharu termasuk melatih dan melahirkan usahawan bumiputera dalam bidang itu.

“Kami di Gading Kencana amat menghargai pengiktirafan yang diberikan oleh Mara melalui anugerah ini dan mengucapkan berbanyak terima kasih atas bantuan dan pertolongan yang telah diberikan untuk membantu kami terus berkembang,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN