Aonic Malaysia Raih Pendanaan Siri A USD10 Juta untuk Perluas Teknologi Dron Malaysia ke Pasaran Global - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Aonic Malaysia Raih Pendanaan Siri A USD10 Juta untuk Perluas Teknologi Dron Malaysia ke Pasaran Global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR, Malaysia, 3 Mac 2026 /PRNewswire/ — Aonic, sebuah syarikat teknologi dron yang diasaskan di Malaysia dan beroperasi di seluruh Asia Tenggara, hari ini mengumumkan kejayaannya memperoleh pendanaan baru bernilai USD10 juta. Pendanaan Siri A ini diterajui oleh Kairous Capital, sebuah firma ekuiti persendirian dan modal teroka serantau yang disokong oleh Jelawang Capital, National Fund-of-Funds Malaysia, di bawah Emerging Fund Managers’ Programme. Pelaburan ini akan digunakan bagi mempercepatkan pengembangan operasi di peringkat serantau dan antarabangsa, memperkukuhkan penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta meningkatkan skala pengeluaran dron, perisian dan perkhidmatan yang dibangunkan di Malaysia.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Aonic, Cheong Jin Xi
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Aonic, Cheong Jin Xi

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Aonic, Cheong Jin Xi, berkata pendanaan berkenaan akan menyokong fasa pengembangan seterusnya.

"Aonic kini sedang memperluas sistem yang telah terbukti berjaya. Selama bertahun-tahun, kami membina keupayaan kejuruteraan, pembuatan dan operasi secara bersepadu untuk memastikan setiap sistem benar-benar bersedia digunakan di lapangan. Pendanaan ini membolehkan kami memperluaskan operasi ke peringkat global dengan tahap konsistensi dan kebolehpercayaan yang sama seperti yang telah kami capai di Asia Tenggara." katanya.

Aonic menyediakan penyelesaian dron menyeluruh bagi memodenkan sektor pertanian dan perindustrian di Asia Tenggara, khususnya dalam menangani cabaran kerja manual yang intensif serta berisiko tinggi. Dengan menggantikan kaedah penyemburan manual, Aonic dapat membantu petani meningkatkan kecekapan dan hasil tuaian. Berdasarkan data prestasi dalaman daripada ladang yang mengambil bahagian, dron pertanian Aonic telah terbukti meningkatkan pendapatan petani sebanyak 50%, meningkatkan hasil ladang sekitar 54%, serta mengurangkan penggunaan air untuk penyemburan kira-kira 75% berbanding kaedah manual.

Bagi memacu pertumbuhan berskala besar, Aonic telah membangunkan ekosistem bersepadu sepenuhnya yang dibangunkan sendiri. Aonic telah mereka bentuk, membangunkan komponen kejuruteraan dan menghasilkan dron serta perisian yang dibangunkan sendiri, sekali gus membolehkan kawalan penuh ke atas kualiti produk, kecekapan kos dan hala tuju pembangunan. Selain peralatan dan teknologi, ekosistem Aonic turut merangkumi latihan, pelan pembiayaan fleksibel dan rangkaian bekalan input pertanian, yang bertujuan mengurangkan rintangan akses kepada teknologi terkini serta mewujudkan impak yang berterusan merentasi operasi pertanian dan industri.

Disokong oleh rangkaian servis dan perkhidmatan yang kukuh merangkumi lebih daripada 50 pusat 3S (Jualan, Servis Perkhidmatan, dan Bekalan Alat Ganti) di seluruh Asia Tenggara, Aonic menyediakan sokongan berterusan di lapangan. Sebagai antara pemimpin industri dalam segmen dron pertanian di Malaysia dan Thailand, dron Aonic digunakan secara meluas oleh petani tempatan untuk operasi penyemburan di ladang dan estet.

Rakan Kongsi Kairous Capital, Adrian Hia, berkata Aonic merupakan antara syarikat berpangkalan di Malaysia yang berupaya beroperasi pada skala serantau di Asia Tenggara.

"Kami telah lama mencari teknologi pertanian yang transformatif, dan Aonic merupakan antara syarikat berpangkalan di Malaysia yang mampu beroperasi pada skala besar di seluruh Asia Tenggara. Pasukan ini menggabungkan keupayaan teknikal yang mendalam dengan pelaksanaan operasi serta disiplin kewangan yang kukuh, sekali gus menghasilkan kesan yang telah terbukti kepada petani," katanya.

Sejak 2022, Aonic mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) tiga angka, dengan hasil tahunan melebihi USD60 juta. Aonic juga telah mencatat keuntungan sejak 2023, mencerminkan pelaksanaan yang berdisiplin serta model operasi yang mampu diperluas ke skala lebih besar.

Pengembangan Melalui Rangkaian Pengedar dan Rakan Niaga Global

Sehingga kini, dron Aonic telah dipasarkan dan digunakan di lebih 15 negara, merangkumi operasi dalam sektor pertanian, pengurusan ladang, pemeriksaan aset serta perkhidmatan industri.

Menurut Adrian Hia, pelaburan ini membolehkan Aonic memperkukuh keupayaannya dalam R&D bagi pembangunan dron proprietarinya serta meningkatkan kapasiti penghasilan di Malaysia bagi menyokong fasa pertumbuhan seterusnya.

Seiring dengan fasa perkembangan seterusnya, Aonic kini giat memperluas rangkaian pengedar dan rakan niaganya bagi membawa ekosistem dron buatan Malaysia ke pasaran global.

Memacu Pembangunan Negara dan Transformasi Pekebun Kecil

Di samping pengembangan global, Aonic terus memainkan peranan dalam memodenkan sektor pertanian Malaysia. Melalui skim pembiayaan fleksibel Aonic Flex, latihan pensijilan menerusi Drone Academy Asia, serta rangkaian bekalan input pertanian, Aonic memperkasa pekebun kecil dan pengusaha ladang berskala besar untuk mengadaptasi penggunaan teknologi dron dengan kos permulaan yang lebih rendah serta peningkatan produktiviti yang nyata.

Cheong berkata Kairous Capital merupakan rakan strategik yang selari dengan hala tuju jangka panjang Aonic.

"Kairous Capital merupakan rakan strategik yang sesuai kerana mereka memahami visi jangka panjang dan cabaran sebenar dalam mengembangkan platform yang berteraskan kapasiti aset. Selain sokongan modal, mereka turut membawa kepakaran membimbing syarikat ke peringkat seterusnya bagi membantu kami mengembangkan operasi dan menembusi pasaran global dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya.

Dengan asas modal yang diperkukuh serta pengalaman lebih sedekad sejak penubuhannya pada 2016, Aonic kini sedang meningkatkan infrastruktur dan membawa kepakaran kejuruteraan Malaysia ke peringkat antarabangsa bagi memacu transformasi pertanian dan industri seterusnya di peringkat global.

Mengenai Aonic 

Aonic ialah penyedia penyelesaian dron menyeluruh yang memanfaatkan teknologi pintar untuk membangunkan ekosistem dalam industri dron dan seterusnya di seluruh Asia Tenggara. Berasaskan kepakaran mendalam dalam teknologi dron, Aonic menawarkan penyelesaian tersuai kepada perusahaan dan pengguna akhir merentasi enam segmen utama: pertanian, industri, servis perkhidmatan, rangkaian bekalan, akademi dan gaya hidup pintar.

Laman web Aonic: www.aonic.com
Pertanyaan media: [email protected] 

Mengenai Kairous Capital 

Kairous Capital ialah firma ekuiti persendirian serantau yang memfokuskan kepada pelaburan rentas sempadan di Greater China dan Asia Tenggara dengan penekanan terhadap teknologi disruptif dan syarikat berteraskan teknologi.

Laman web Kairous Capital: www.kairous.com

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4897622_MS97622_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI