![]() |
- Sejak mengumumkan Pelan Peningkatan Nilai Korporatnya pada tahun 2025, Coway menyaksikan kemajuan yang nyata dari segi pertumbuhan hasil, pulangan pemegang saham, kekukuhan kewangan dan tadbir urus
- Setakat ini, syarikat melaksanakan pulangan pemegang saham sebanyak KRW 247.3 bilion dan mencapai matlamat kadar pulangan sebanyak 40%
- Bermula pada TF2026, Coway akan mengutamakan dividen tunai bagi menjamin status syarikat dividen tinggi dan faedah cukai untuk pemegang saham
- Melaporkan kadar pematuhan yang dipertingkat ke atas penunjuk tadbir urus utama sebanyak 74%, Coway menyasarkan 93% menjelang tahun 2027
SEOUL, Korea Selatan, 6 Februari 2026 /PRNewswire/ — Coway Co., Ltd., "Best Life Solution Company", mengumumkan pada hari ini mengenai penilaian status pelaksanaan Pelan Peningkatan Nilai Korporat (Corporate Value-Up Plan) yang menggariskan pencapaian konkrit untuk meningkatkan nilai pemegang saham dan turut memperincikan pelan hala tuju strategik jangka sederhana hingga jangka panjangnya.
Tahun lalu, Coway memperkenalkan Pelan Peningkatan Nilai Korporat yang merangkum penunjuk utama yang berikut yang perlu dicapai menjelang tahun 2027: mencapai hasil melebihi KRW 5 trilion; mengekalkan kadar pulangan pemegang saham sebanyak 40%; mengurus nisbah hutang-bersih-kepada-EBIT sehingga 2.5; dan mempertingkat kerangka tadbir urusnya.
Sejak mengumumkan pelan ini, Coway menjalankan beberapa semakan dalaman berhubung kemajuan pelaksanaannya dan menyediakan langkah-langkah tambahan secara proaktif untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan. Pendedahan ini bertujuan untuk menyampaikan penilaian keputusan setakat ini secara telus, menyampaikan rancangan masa depan kepada pemegang saham dan pasaran serta mengesahkan sekali lagi kredibiliti dan impak positif daripada inisiatif peningkatan nilainya.
Kemajuan Awal Menuju Matlamat Hasil: Mempercepat Pelan Hala Tuju KRW 5 Trilion
Pada tahun 2025, Coway mencatatkan hasil sebanyak KRW 4.96 trilion, peningkatan sebanyak 15.2% tahun-ke-tahun. Prestasi ini mengatasi dengan ketara kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) bersasar oleh syarikat ini sebanyak 6.5% yang menempatkan Coway jauh mendahului jadual untuk melangkaui matlamat KRW 5 trilion menjelang tahun 2027.
Coway mengekalkan pertumbuhan yang mantap pada tahun 2025 melalui daya saing yang diperkukuh dalam perniagaan domestik serta pengembangan berterusan operasi luar negaranya. Dalam pasaran domestik, pertumbuhan yang mantap dalam akaun sewa penulen air berfungsi untuk memperkukuh asas perniagaan teras syarikat ini, manakala pada peringkat global, pertumbuhan hasil didorong oleh pengembangan yang berterusan di subsidiari-subsidiari luar negara sedia ada, serta pertumbuhan pesat daripada entiti baharu.
Prestasi kukuh ini didorong terutamanya oleh BEREX, jenama tidur dan kesejahteraan daripada Coway yang mula dilancarkan pada tahun 2022 sebagai sebahagian daripada visi strategik Pengerusi Junhyuk Bang untuk menjamin enjin pertumbuhan baharu. Pada tahun 2025, BEREX menjana hasil domestik dan luar negara gabungan sebanyak KRW 719.9 bilion.
Di samping pelancaran produk-produk BEREX ke pasaran antarabangsa dan pengembangan barisan produk dalam pelbagai kategori, sejajar dengan strategi Pengerusi untuk mencapai pengembangan global, sumbangan pasaran luar negara kepada hasil keseluruhan Coway meningkat kepada kira-kira 40% pada tahun 2025, lantas mengukuhkan lagi kehadiran Coway di persada global.
Memberikan Kadar Pulangan Pemegang Saham 40% Melalui Pelaksanaan Seimbang
Coway berjaya mencapai kadar pulangan pemegang saham sejumlah 40% pada tahun 2025 yang merangkum KRW 247.3 bilion. Kadar pulangan ini dicapai melalui gabungan seimbang antara dividen tunai sebanyak KRW 137.3 bilion dan pemerolehan saham perbendaharaan sebanyak KRW 110.0 bilion. Syarikat ini khususnya menghentikan kira-kira 1.9 juta saham perbendaharaan yang diperoleh pada tahun 2017 dan 2024 bagi meningkatkan nilai sesaham secara langsung.
Sambil mengekalkan kadar pulangan 40% sehingga tahun 2027, Coway akan mengutamakan dividen tunai bagi memenuhi keperluan "Syarikat Dividen Tinggi" yang membolehkan pemegang saham mendapat faedah daripada pencukaian berasingan ke atas pendapatan dividen. Syarikat ini akan turut mengekalkan nisbah bayar keluar dividen sekurang-kurangnya 25% dan meningkatkan jumlah amaun dividen sebanyak lebih daripada 10% tahun-ke-tahun. Baki 15% daripada pengumpulan pulangan akan diperuntukkan secara fleksibel antara pembelian saham perbendaharaan dan dividen tunai tambahan bagi memaksimumkan faedah cukai pemegang saham dan jumlah hasil.
Mengekalkan Kekukuhan Kewangan dan Pengurusan Struktur Modal yang Stabil
Di samping pengembangan pelaburan pertumbuhan dan pulangan pemegang saham, Coway berusaha untuk mengurus struktur modal sasarannya dengan cara yang dapat memastikan kestabilan kewangan. Setakat tahun 2025, nisbah hutang-bersih-kepada-EBIT syarikat mencecah 2.1 dan Coway merancang untuk menguruskannya sehingga 2.5 menjelang tahun 2027 melalui pengurusan struktur modal yang berterusan dan konsisten.
Bagi mendapatkan dana untuk pelaburan pertumbuhan, modal kerja dan pulangan pemegang saham, Coway memanfaatkan pembiayaan hutang secara aktif bagi meningkatkan kecekapan modal dan dalam masa yang sama mengekalkan risiko penarafan kreditnya dengan teliti bagi mengukuhkan lagi kedayamajuan fiskal jangka panjang.
Memperkukuh Kadar Pematuhan untuk Penunjuk Tadbir Urus Utama
Sejak mula mengumumkan Pelan Peningkatan Nilai Korporatnya, Coway melaporkan peningkatan dalam kadar pematuhannya ke atas penunjuk tadbir urus utama kepada 74%, kenaikan yang didorong oleh peningkatan perkadaran pengarah luar kepada 67% serta penubuhan Jawatankuasa Pampasan yang terdiri sepenuhnya daripada pengarah-pengarah luar.
Coway turut menggariskan pelan hala tuju jangka sederhana hingga jangka panjang demi kemajuan tadbir urus korporatnya. Pada tahun 2026, syarikat ini merancang untuk menubuhkan Jawatankuasa Transaksi Dalaman dan sistem Pengarah Bebas Kanan bagi meningkatkan lagi tadbir urus korporatnya dan akan turut melaksanakan pindaan kepada artikel penubuhannya selaras dengan semakan terkini kepada Akta Komersial Korea Selatan. Menjelang tahun 2027, Coway menyasarkan untuk mencapai kadar pematuhan ke atas penunjuk tadbir urus utama sebanyak 93% melalui langkah-langkah seperti penerimagunaan sistem pengundian elektronik dan sistem pengundian kumulatif.
Seorang pegawai Coway berkata, "Sejak mengumumkan Pelan Peningkatan Nilai Korporat kami, kami memberikan hasil yang ketara dari segi kadar pertumbuhan, pulangan pemegang saham dan standard tadbir urus kami. Melangkah ke hadapan, kami akan terus memantau pelaksanaan pelan ini dengan teliti menggunakan penunjuk utama dan tetap berdedikasi kepada pendekatan seimbang yang memperkukuh pelaburan dalam enjin pertumbuhan masa depan dan juga pulangan pemegang saham, seterusnya memastikan peningkatan nilai korporat yang kukuh dalam tempoh jangka sederhana hingga jangka panjang."
Untuk butiran tambahan mengenai Pelan Peningkatan Nilai Korporat Coway, sila kunjungi Halaman Perhubungan Pelabur syarikat ini.
Latar Belakang Coway Co., Ltd.
Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat peralatan persekitaran rumah terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi peralatan rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. BEREX, jenama tidur & kesejahteraan oleh syarikat ini, bermatlamat untuk meningkatkan kualiti hidup melalui tilam dan kerusi urut yang canggih. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri peralatan persekitaran rumah menerusi penyelidikan yang intensif, kejuruteraan, pembangunan dan perkhidmatan pelanggan. Syarikat ini membuktikan dedikasi kepada inovasi dengan produk-produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam dan Eropah, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Pada tahun 2025, syarikat melancarkan Coway Life Solution, iaitu platform penjagaan warga tua premium yang menawarkan penyelesaian penjagaan diperibadikan yang disesuaikan mengikut peringkat hidup yang berbeza. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4882315_MS82315_6











