YouTube alami gangguan di AS, Asia Tenggara

YouTube alami gangguan di AS, Asia Tenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Gangguan dikesan kepada pengguna YouTube namun dilaporkan semakin reda selepas mencapai kemuncak pada pagi Rabu di sekitar Asia.

Ribuan pengguna di beberapa negara Asia Tenggara termasuk Singapura, Malaysia, Indonesia dan Filipina  melaporkan tentang masalah kegagalan sistem, menurut laman Downdetector yang menjejak gangguan perkhidmatan dengan mengumpulkan laporan status daripada pelbagai sumber.

Di Singapura, jumlah laporan masalah dengan platform media sosial itu mula meningkat sejurus sebelum pukul 9 pagi, mencecah hampir 3,000 laporan pada 9.27 pagi sebelum menurun.

Menjelang 10.12 pagi, hanya sekitar 200 laporan direkodkan.

Lebih 320,000 pengguna di Amerika Syarikat (AS) turut melaporkan gangguan pada platform tersebut.

“Jika anda menghadapi kesukaran mengakses YouTube sekarang, anda tidak bersendirian. Pasukan kami sedang menyiasat perkara ini,” kata syarikat itu di platform X sambil memautkan halaman sokongan.

Halaman bantuan itu kemudian menyatakan isu pada sistem cadangan kami menghalang video daripada dipaparkan di pelbagai paparan YouTube termasuk laman utama, aplikasi YouTube, YouTube Music dan YouTube Kids.

“Laman utama telah kembali berfungsi, tetapi kami masih berusaha menyelesaikan sepenuhnya masalah tersebut,” katanya.

YouTube milik Google ialah platform perkongsian video terbesar di dunia, dengan lebih 2.5 bilion pengguna aktif setiap bulan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN