WASHINGTON: Hubungan sulit Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nvidia, Jensen Huang dengan seorang wanita yang didakwa pengintip China dan bekerja di Singapura menjadi tumpuan tentang tadbir urus syarikat pembuat cip bernilai AS$4.5 trilion (RM18.26 trilion) yang diterajuinya, dengan kesan terhadap pelanggan termasuk syarikat Anthropic dan Alibaba.
Kontroversi itu mungkin memberi kelebihan kepada pesaing seperti syarikat teknologi dan telekomunikasi China, Huawei, tetapi Beijing berisiko mengalami banyak kerugian sekiranya Washington memperketat kawalan eksport.
Skandal yang mengalih perhatian dunia daripada pembekal cip kecergasaan buatan (AI) paling bernilai di dunia sepatutnya, menguntungkan cita-cita China sendiri dalam industri cip.
Syarikat teknologi Huawei dari China mungkin menjadi sebagai pesaing yang bakal mendapat manfaat daripada gangguan itu.
Namun, kawalan eksport Amerika Syarikat (AS) yang lebih ketat boleh menyebabkan kerugian lebih besar kepada Beijing berbanding keuntungan yang diperoleh daripada kelemahan pesaingnya.
Sebelum ini, AS mengeluarkan notis bagi mengesahkan sekatan penghantaran semikonduktor kepada anak syarikat milik syarikat China yang beroperasi di luar negara itu, susulan kebimbangan wujudnya ruang untuk mengelak kawalan eksport Washington.
Jabatan Perdagangan AS dalam garis panduan yang dikeluarkan pernah berkata, keperluan mendapatkan lesen bagi eksport cip AI canggih turut terpakai kepada semua syarikat yang beribu pejabat atau mempunyai syarikat induk di China.
Pada akhir Oktober, The New York Times melaporkan bahawa pegawai AS membuat kesimpulan wanita yang mempunyai hubungan dengan CEO Nvidia, Alice Huang merupakan ejen perisikan China dan telah menjalin hubungan rapat dengannya, berdasarkan sumber yang dipetik akhbar itu.
Setahun sebelumnya, akhbar berkenaan melaporkan bahawa pegawai Jabatan Perdagangan AS sedang menyiasat syarikat Megaspeed di Singapura , tempat Alice bekerja kerana membantu syarikat China mengelak sekatan eksport Amerika, juga berdasarkan sumbernya.
Alice tidak mempunyai sebarang ikatan kekeluargaan meskipun berkongsi nama keluarga yang sama dengan CEO Nvidia, manakala beliau tidak mengaku mengetahui status wanita tersebut sebagai pengintip.
Pada 6 November, Financial Times melaporkan bahawa AS percaya Huang menjalin hubungan romantik dengan seorang wanita warga China yang direkrut untuk mengintip bagi pihak agensi perisikan Kementerian Keselamatan China.
Laporan itu turut menyebut bahawa pegawai AS menyediakan satu memorandum pada tahun ini berdasarkan maklumat risikan negara itu, yang menyatakan bos Nvidia itu pernah menjalin hubungan romantik dengan Alice, yang ketika itu merupakan eksekutif di Megaspeed, sebuah syarikat pelanggan Nvidia yang berpangkalan di Singapura.
Huang sebelum ini mengaku curang kepada isterinya di tengah-tengah siasatan yang dijalankan oleh gergasi teknologi itu berhubung kemungkinan beliau menjadi sasaran pengintipan pihak asing.
Bagaimanapun, Huang, 63, mengesahkan perkara berkenaan menerusi satu memo dalaman yang dihantar kepada seluruh warga kerja syarikat pada Ahad, selepas hubungan sulitnya dilaporkan menjadi isu keselamatan negara pihak berkuasa AS. – AGENSI











