LIUZHOU, China, 30 Disember 2025 /PRNewswire/ — Bulan lalu, LiuGong (000528.SZ) secara rasminya memperkenalkan jenama E-Intelligence baharunya di Persidangan Wakil Penjual Global 2025 dan Hari Pelanggan Global 11•26 yang diadakan di Liuzhou. Pelancaran global ini menyaksikan suatu pencapaian penting dalam transformasi hijau LiuGong dan fasa pembangunan lestari yang seterusnya.
LiuGong Launches E-Intelligence Brand
Bertumpukan pada manifesto jenama iaitu "FORWARD GREEN, POWER THE EXTREMES" ("HIJAU KE HADAPAN, PERKASA EKSTREM"), pelancaran ini menonjolkan dwikomitmen LiuGong: untuk terus-menerus memajukan industri jentera pembinaan menuju ke arah masa depan yang lebih lestari dan untuk memberikan produktiviti yang andal dan berkuasa untuk pelanggan—biarpun dalam keadaan kendalian yang paling ekstrem—melalui elektrifikasi dan teknologi pintar.
Penaiktarafan jenama ini memperlihatkan peralihan LiuGong yang strategik bermula daripada pengilang peralatan tradisional menjadi penyedia penyelesaian produktiviti hijau kitar hayat-penuh.
Inovasi Teknologi: Pelbagai Laluan Ke Arah "Memperkasakan Ekstrem"
Dalam perjalanan elektrifikasinya, LiuGong tidak menempuh satu laluan teknologi sahaja. Sebaliknya, syarikat ini memfokuskan pada aplikasi dunia nyata, seterusnya membina portfolio penyelesaian terpelbagai dan andal. Bermula daripada elektrik tulen kepada sistem hibrid, daripada kuasa tambatan kepada penukaran bateri yang pantas, LiuGong membawakan reka bentuk yang amat tersuai untuk membantu pelanggan mencapai keseimbangan optimum antara produktiviti dan jumlah kos pemilikan dalam persekitaran serta keadaan kendalian yang berbeza.
Sejuk Melampau (-30°C): Sistem prapemanasan jarak jauh dan teknologi penyesuaian bateri suhu rendah dapat mengurangkan masa mula sejuk dengan ketara dan meningkatkan kestabilan operasi dalam keadaan suhu bawah sifar.
Panas Melampau (+50°C): Sistem pengurusan terma termaju, penyelesaian pendinginan diperkuat dan bahan tahan haba memastikan prestasi bateri dan kawalan elektronik yang stabil semasa operasi beban berat yang berterusan.
Keadaan Kendalian Khas: Bagi menangani cabaran seperti persekitaran altitud tinggi dan kawasan bahan kimia kakis, LiuGong mengaplikasikan reka bentuk pendinginan dipertingkat, komponen antikakisan dan perlindungan bateri bertaraf-IP67 bagi melindungi produktiviti teras.
Membina Ekosistem Masa Depan: Daripada Peralatan hingga Operasi Pintar
Bagi LiuGong, elektrifikasi hanyalah permulaan. Visi jangka panjang syarikat ini adalah untuk mewujudkan sebuah ekosistem pintar yang mengintegrasikan tenaga, peralatan, data dan operasi. Dibina berasaskan infrastruktur tenaga hijau, platform operasi pintar dan pengoptimuman dipacu data, ekosistem ini mengupayakan operasi peralatan terkoordinasi, penggunaan tenaga yang cekap dan penambahbaikan operasi yang berterusan. Melalui perkhidmatan seperti kitar semula bateri dan bank bateri, LiuGong bermatlamat untuk mewujudkan sistem gelung tertutup mampan yang meliputi kitar hayat produk keseluruhan.
"Green Alliance Global Tour 2026" Dilancarkan Secara Rasmi
Semasa acara pelancaran, LiuGong mengumumkan secara rasmi bermulanya "Green Alliance Global Tour 2026." Menjalin kerjasama dengan 9 wakil penjual global dan rakan kongsi pelanggan, inisiatif ini akan menyalurkan pencapaian perniagaan hijau terpilih ke dalam projek-projek kebajikan awam global yang sedang berjalan. LiuGong Green Alliance sudahpun mencetuskan impak yang nyata di beberapa wilayah, termasuk projek-projek air minuman bersih di Afrika dan pembinaan dapur pusat di Indonesia, seterusnya menambah baik keadaan hidup dan pembelajaran untuk masyarakat setempat dan juga sekolah. Majlis pelancaran disaksikan bersama-sama oleh En. Luo Guobing, Presiden LiuGong, wakil rakan kongsi global dan juga utusan diplomatik dari pelbagai negara. Memandang ke hadapan, LiuGong akan mengundang lebih ramai rakan kongsi untuk menyertai Green Alliance, membawakan visi "Forward Green" kepada komuniti di seluruh dunia dan bersama-sama memajukan masa depan yang lebih hijau dan lebih lestari.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4854055_MS54055_6










