KPM nafi libat urus tadika swasta diadakan di gereja

KPM nafi libat urus tadika swasta diadakan di gereja

MOHD. AZAM AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa Sesi Libat Urus (SLU) Bersama Pemegang Taruh Tadika Swasta Zon Utara diadakan di sebuah gereja seperti yang tular baru-baru ini.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Azam Ahmad berkata, SLU berkenaan sebenarnya dilaksanakan di dewan Sekolah Menengah Antarabangsa Assumption di Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang berdaftar dengan KPM.

“Pemilihan sekolah tersebut dibuat berdasarkan beberapa faktor termasuk kemudahan serta fasiliti yang tersedia selain mengetengahkan sekolah antarabangsa sebagai sebahagian daripada institusi pendidikan swasta di negara ini.

“Pemilihan Sekolah Menengah Antarabangsa Assumption juga membuktikan sinergi yang baik antara KPM dan pihak penyedia pendidikan swasta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Azam berkata, KPM kesal dengan dakwaan tidak berasas yang disifatkan berniat jahat kerana cuba menimbulkan kekeliruan serta memburukkan imej kementerian.

“KPM menyeru semua pihak agar mengambil ibrah bulan Ramadan dengan meningkatkan amal ibadah dan tidak terjebak dalam perbuatan fitnah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN