Sugar Dinda kedai kek premium di ceruk kampung

Sugar Dinda kedai kek premium di ceruk kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Biar pun terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar Kuala Lipis, Pahang namun kedai kek premium Sugar Dinda dan Kedai Kopi yang terletak di simpang tiga Kampung Tanjung Jambu menyediakan pelbagai menu istimewa.

Pemilik Sugar Dinda dan Kedai Kopi, Ain Syafiqah Za’aba, 30, berkata, selain menyediakan pelbagai variasi kek dan pencuci mulut yang menarik, kedainya turut mengetengahkan makanan tradisi

Johor seperti laksa Johor, asam pedas kambing, nasi ayam percik dan mee udang chinese style yang menggunakan kuah sup.

 

SUGAR DINDA DAN KEDAI KOPI
Lokasi: Kampung Tanjung Jambu, Kuala Lipis, Pahang
Makanan popular: Aneka kek, pemanis mulut, laksa Johor dan nasi ayam percik
Minuman: Pelbagai variasi kopi
Waktu Operasi:
10 pagi – 10 malam

Tambahnya, menu ringkas lain yang turut dijual adalah lempeng, kacang pool, roti bakar dan cucur udang selain turut menyediakan aneka jenis minuman kopi.

“Pada awal pembukaan kedai sekitar September 2019, saya fokus kepada jualan kek dan pastri kerana minat yang mendalam dalam deko kek.

“ Alhamdulillah kek yang kami sediakan seperti biscoff burnt cheesecake, nutella burnt cheesecake, carrot cake, kek pandan gula melaka dan kek red velvet mendapat permintaan tinggi daripada peminat bukan sahaja dari sekitar Lipis malah daerah berhampiran.

 

 

“ Rata-rata peminat kek dan pastri yang datang berkunjung ke kafe memberi komen positif selain menyatakan kualiti serta rasa pencuci mulut di Sugar Dinda setanding dengan kedai kek premium lain,” katanya baru-baru ini.

Menyedari permintaan terhadap minuman kopi meningkat, Ain Syafiqah yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dari Universiti Islam Antarabangsa Gombak itu berkata, dia juga membuat keputusan untuk memperkenalkan pelbagai variasi kopi yang enak seperti latte, caramel machiatto americano dan matcha latte.

Menurutnya, sebelum ini ruang kedainya agak terhad dan pelanggan datang hanya boleh membungkus makanan yang mereka gemari.

“ Namun sejak setahun lalu kami membuat pengubahsuaian dan menaik taraf kedai dengan menyediakan ruang dine in bagi memberi peluang dan keselesaan kepada pelanggan untuk menikmati makanan.

“ Selain itu, kami juga bercadang untuk mengubah suai kawasan luar kedai untuk dijadikan konsep glamping kerana ia lebih santai dan untuk memudahkan sebarang penganjuran majlis keraian,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×