Ban pecah, 35 rumah terjejas

Ban pecah, 35 rumah terjejas

Ban pecah
NG SUEE LIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Kira-kira 35 buah rumah terjejas susulan kejadian ban pecah dekat Parit 5, Pantai Sentosa, Sekinchan, di sini, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sabak Bernam, Ali Sadikin Sadin berkata, susulan itu, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Seri Sekinchan pada pukul 8 malam bagi menempatkan tujuh keluarga.

Menurutnya, kesemua mangsa sebelum itu berlindung di Balai Raya Tuan haji Norhasni di Parit 5.

“Semua agensi berkaitan diarahkan untuk bersiap siaga dalam menghadapi situasi ini, termasuk menyediakan bantuan segera kepada mangsa yang terjejas serta melaksanakan pemantauan berterusan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mereka terpelihara.

“Orang ramai, khususnya yang berada di kawasan berisiko, dinasihatkan agar sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan dan pengumuman rasmi daripada pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Tambah Ali Sadikin, orang awam boleh menghubungi talian penting Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di talian 019-3333735 untuk melaporkan bencana di kawasan masing-masing.

Sementara itu, Exco Pelancongan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ng Suee Lim memaklumkan kejadian berlaku ketika air laut pasang kira-kira pukul 5 pagi.

“Kuala Selangor dan Sekinchan pun kena. Untuk selesaikan masalah ban pecah, kita perlukan peruntukan yang lebih dan membuat persiapan awal serta kena tinggikan semua ban.

“Kita sudah gerakkan agensi-agensi kebajikan dan sebagainya untuk membantu dan kita ucapkan terima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Pejabat Daerah dan Tanah yang bertindak pantas membantu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN